web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Umat Islam Dinasihat Pilih Restoran Ada Logo Halal JAKIM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2023 8:01PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar melancarkan TH Khairat iaitu perlindungan takaful khas untuk pendeposit Tabung Haji di Menara Tabung Haji, hari ini. gambar Facebook Tabung Haji

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menasihati umat Islam supaya berhati-hati dan memastikan bahawa restoran yang dikunjungi mempunyai status halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Beliau berkata ini penting kerana benda yang dimakan akan menjadi darah daging.

“Saya menasihati seluruh masyarakat Islam agar berhati-hati bila kita ke restoran dan tempat makan, sebagai orang Islam kita digalakkan tengok ada logo halal atau tidak,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran TH Khairat di Menara Tabung Haji di sini, hari ini.

Mohd Na'im berkata demikian ketika diminta mengulas video tular baru-baru ini berhubung status halal sebuah premis nasi ayam claypot di Seri Petaling yang menggunakan wain beras dalam masakan.

“Saya ulangi apa yang JAKIM sebut bahawa pemilik restoran tersebut bukan pemilik sijil halal Malaysia yang dikeluarkan oleh badan autoriti,” katanya.

Beliau berkata JAKIM mempunyai cara untuk mengenal pasti sama ada sesebuah restoran memiliki sijil halal atau sebaliknya.

Katanya, umat Islam digalak melayari portal rasmi Halal Malaysia di halal.gov.my atau memuat turun aplikasi Verify Halal bagi membolehkan mereka mengetahui sama ada pemilik sesebuah restoran mempunyai sijil halal atau tidak. 

Mengulas produk TH Khairat iaitu perlindungan takaful sebanyak RM12,000 kepada penerima manfaat sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh yang dilancarkan Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, Mohd Na'im berkata, ia menawarkan langganan serendah RM28 setahun bagi pendeposit di institusi itu.

“Saya amat menghargai usaha Tabung Haji yang sentiasa komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pendepositnya. Terima kasih diucapkan kepada warga kerja Tabung Haji, juga pengendali takaful yang bekerjasama menjayakan inisiatif ini iaitu Takaful Malaysia dan Hong Leong MSIG Takaful Berhad.

“Saya melihat usaha ini selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang satu daripada enam terasnya ialah ihsan. Ihsan atau rahmah ditakrifkan sebagai memelihara dan menyediakan keperluan asas yang diperlukan demi kesejahteraan semua pihak,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad