web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Dicabul Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Tempat Kerja 

Video & Galeri Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2026 6:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita berdepan detik menakutkan apabila dicabul oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika berjalan pulang dari tempat kerjanya di Setia Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa yang berusia awal 20-an pada jam 9.06 malam.

Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 malam ketika mangsa berjalan seorang diri melalui lorong yang sunyi di kawasan perumahan berkenaan.

"Mangsa secara tiba-tiba diserang dari arah belakang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Suspek yang memakai baju berwarna merah dan seluar hitam bertindak memeluk mangsa serta menutup mulutnya,” katanya.

Sarudin berkata, suspek turut mencium dan meraba mangsa sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kerugian, namun polis kini giat mengesan suspek bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Zamri Abdul Rahman di talian 011-16652402 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian tersebut tular di media sosial dan boleh disaksikan di pautan https://www.facebook.com/share/r/1ELLiwVGKj/?mibextid=wwXIfr - Getaran, 10 Jun 2026

Sorotan

1

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

2

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

3

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

4

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

5

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

6

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar