web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2026 6:22PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu pelarian Rohingya di Malaysia memerlukan pendekatan menyeluruh dan bersepadu, melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan serta kerjasama dengan negara-negara jiran.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kemasukan pelarian Rohingya ke negara ini melibatkan beberapa lapisan kawalan keselamatan yang bermula di laut dan merentasi pelbagai bidang kuasa penguatkuasaan sebelum sampai ke peringkat tindakan polis.

Menurut beliau, pemantauan maritim dan usaha memintas kemasukan awal berada di bawah tanggungjawab agensi seperti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) lazimnya hanya terlibat pada peringkat akhir apabila individu terbabit telah berada di daratan.

“Jika kita mahu menangani isu ini, ia mesti melibatkan semua pihak kerana laluan kemasukan mempunyai banyak lapisan. Polis hanya bertindak dari sudut keselamatan sekiranya mereka melakukan kesalahan jenayah,” katanya.

Ayob Khan menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri program lawatan hospital sempena sambutan Hari Polis ke-219 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Kanak-Kanak Pakar UKM.

Beliau turut merujuk data Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang merekodkan 219,472 pemegang kad berdaftar di Malaysia setakat April lalu, termasuk 128,200 Rohingya.

Tegas Ayob Khan, pengurusan isu tersebut memerlukan penglibatan daripada aspek penguatkuasaan, kemanusiaan dan diplomatik memandangkan ia bersifat rentas sempadan serta melibatkan elemen transnasional.

Mengulas dakwaan mengenai penempatan pendatang tanpa izin yang tular di media sosial, beliau berkata, operasi terhadap pendatang tanpa dokumen dilaksanakan secara berterusan dan tidak bergantung semata-mata kepada aduan awam atau kandungan yang menjadi tular.

Ayob Khan merujuk kepada operasi penguatkuasaan di Sungai Tekali, Hulu Langat tahun lalu yang menyaksikan 42 individu ditahan.

“Butiran kes berkenaan telah diterangkan oleh Ketua Polis Daerah Kajang pada 9 Jun lalu,” katanya.

Mengenai cadangan penubuhan pusat transit Rohingya di sebuah pulau berhampiran Laut Andaman, beliau berkata idea tersebut memerlukan penelitian mendalam berikutan implikasi logistik, kewangan dan kemanusiaan yang kompleks.

"Jika pusat transit seperti itu diwujudkan, siapa yang akan menguruskannya dan siapa yang akan menanggung kosnya? Selepas proses saringan dilakukan, ke manakah mereka akan ditempatkan, dan adakah terdapat negara ketiga yang bersedia menerima mereka?” katanya.

Ayob Khan memberi amaran, kewujudan kemudahan sedemikian berpotensi menggalakkan sindiket pemerdagangan manusia secara tidak langsung.

“Ia akan mewujudkan faktor tarikan kepada laluan migrasi tidak teratur, sekali gus menyukarkan usaha penguatkuasaan dalam jangka panjang,” katanya. - Getaran, 11 Jun 2026

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Sukan 26 minit yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

oleh Sophia Ahmad

Semasa 47 minit yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad