web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas Peguam Negara, Idrus Harun Dilantik Pengerusi Amanah Raya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2023 7:41PM

Pelantikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad yang dikongsi menerusi Facebook rasmi agensi itu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) mengumumkan pelantikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun sebagai Pengerusinya mulai hari ini.

AmanahRaya dalam kenyataan memaklumkan pihaknya percaya pengalaman luas dan kecemerlangan Idrus dalam bidang perundangan membolehkan beliau membawa syarikat penuh milik kerajaan itu ke peringkat lebih tinggi.

Kenyataan itu memaklumkan Idrus adalah pemegang Ijazah Sarjana Undang-Undang dengan kepujian dari Universiti Malaya dan memulakan kerjaya dalam bidang perundangan sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang Parlimen di Jabatan Peguam Negara sebelum mengembangkan kerjayanya sebagai Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Berbekalkan pengalaman lebih 42 tahun dalam bidang perundangan, Idrus telah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di beberapa jabatan antaranya Jabatan Kastam dan Eksais Diraja serta bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara.

“Beliau pernah menggalas tanggungjawab sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu, Peguam Kanan Persekutuan di Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta penggubal undang-undang Parlimen,” menurut AmanahRaya.

Menurut kenyataan itu, Idrus juga dilantik sebagai Peguam Cara Negara pada April 2006 dan menyandang jawatan Hakim Mahkamah Rayuan pada September 2014 selain Hakim Mahkamah Persekutuan pada November 2018.

Pada Mac 2020, Idrus dilantik sebagai Peguam Negara dan berkhidmat sehingga persaraan beliau pada bulan lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Akan Pengerusikan Mesyuarat Berkala Persiapan Malaysia Selaku Pengerusi ASEAN 2025

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Abdul Rashid Hussain Dilantik Pengerusi Lembaga TH 

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK: Rakyat Pulai, Simpang Jeram Memilih Esok, Tentukan Wakil Rakyat Baharu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwaan Ke Atas Muhammad Sanusi Tidak Berunsur Politik - AGC

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar