web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRK: Rakyat Pulai, Simpang Jeram Memilih Esok, Tentukan Wakil Rakyat Baharu

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2023 3:16PM

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh (tengah) meninjau persiapan petugas SPR di Dewan Kenanga Majlis Bandaraya Johor Bahru, menjelang hari pengundi esok. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Selepas 14 hari tempoh berkempen yang berakhir pada tengah malam ini, seramai 205,810 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, esok.

Seramai 165,509 pemilih berdaftar akan mengundi bagi Parlimen Pulai, sementara bagi DUN Simpang Jeram membabitkan 40,301 pengundi akan memilih wakil rakyat baharu untuk menggantikan penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

PRK di kedua-dua kerusi itu diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.

PRK Pulai dan Simpang Jeram menyaksikan saingan tiga penjuru di dua kerusi itu, membabitkan pertembungan antara calon Pakatan Harapan (PH) dengan Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas. 

Pada Selasa lalu, seramai 927 pengundi awal membabitkan pegawai dan anggota polis selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi Parlimen Pulai, manakala tiada pengundi awal di Simpang Jeram.

Bagi proses pengundian yang bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang esok, sebanyak 47 pusat mengundi membabitkan 294 saluran disediakan di Parlimen Pulai, manakala 14 pusat mengundi dengan 68 saluran dibuka bagi DUN Simpang Jeram.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 2,692 petugas SPR akan ditugaskan bagi proses pengundian di Pulai, manakala 678 petugas di Simpang Jeram.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang ditemui selepas meninjau persiapan petugas SPR di Dewan Kenanga Majlis Bandaraya Johor Bahru hari ini, berkata suruhanjaya itu menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi kedua-dua PRK itu sekitar 70 peratus.

Dalam pada itu, Penganalisis Kenegaraan dan Kesejahteraan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor, Prof Madya Dr Mohd Azhar Abd Hamid menjangkakan peratusan keluar mengundi esok bakal menjadi penentu kepada jumlah majoriti yang akan diperoleh pemenang di kerusi Parlimen dan DUN itu.

Beliau berkata misalnya Parlimen Pulai yang menjadi kubu kuat PH selama dua penggal boleh mendapat majoriti yang lebih selesa jika semua pengundi PH dan BN keluar mengundi esok.

“Sekiranya jumlah pengundi keluar esok sangat tinggi, ini akan menjadi penentu kepada peratusan jumlah majoriti kepada calon yang menang dan jika gabungan PH-BN menang ini menterjemahkan sokongan serta penerimaan rakyat terhadap ganbungan itu,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu semakan di portal Jabatan Metrologi Malaysia setakat 11 pagi hari ini, bagi daerah Johor Bahru dan Muar diramalkan berlaku ribut petir di satu dua tempat pada sebelah pagi hingga petang esok.

Berbaki kurang 15 jam tempoh berkempen sehingga 11.59 malam ini, kesemua enam calon bertanding bagi PRK Pulai dan Simpang Jeram terus melaksanakan pecutan saat akhir kempen bagi memenangi hati pengundi sebelum ‘menyerahkan nasib’ mereka kepada rakyat.

Berdasarkan jadual kempen calon-calon, hampir kesemua parti bertanding mengadakan ceramah ‘grand finale’ malam ini, yang turut dihadiri pemimpin tertinggi parti masing-masing.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, Salahuddin yang memperoleh 64,900 undi di kerusi Parlimen Pulai menang dengan majoriti undi 33,174, manakala bagi DUN Simpang Jeram beliau mendapat 8,749 undi dengan majoriti undi sebanyak 2,399. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

3

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad