Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

Sukan Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2024 8:22PM

Aksi pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao ketika menentang pemain Hong Kong, Ng Ka Long Angus dalam saingan Kumpulan D Kejohanan Badminton Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHENGDU - Meskipun diturunkan tanpa jangkaan tinggi, kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 di sini berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.

Selepas pemain profesional, Lee Zii Jia meletakkan Malaysia 1-0 usai kemenangan straight set ke atas Lee Cheuk Yiu, 21-18, 21-18, fokus terarah kepada Leong Jun Hao dan Justin Hoh ketika mereka melangkah ke gelanggang di Chengdu High-Tech Zone Sports Centre.

Ternyata, kedua-dua pemain itu tidak menghampakan penyokong negara apabila mereka melaksanakan tugas dengan baik untuk membantu Malaysia menewaskan Hong Kong 5-0.

Pemain ke-37 dunia, Jun Hao, yang mengesahkan mata kemenangan Malaysia dengan menundukkan Angus Ka Long (ke-27) 17-21, 21- 12, 21-15, percaya keputusan hari ini melonjakkan keyakinan mereka untuk menentang pemain pada ranking lebih tinggi di sini.

"Saya harap kami akan terus bermain dengan baik dan berjuang untuk memperoleh satu mata bagi pasukan. Pastinya kemenangan ini memberi saya rangsangan untuk beraksi dalam perlawanan seterusnya kerana agak sukar menentang Angus tadi," katanya kepada media Malaysia selepas perlawanan di sini.

Selepas ketinggalan dalam set pertama, Jun Hao berkata, sokongan padu rakan sepasukan mendorongnya untuk bangkit dan menyumbang mata ketiga buat skuad kebangsaan.

Sementara itu, Justin, yang mengharungi tiga set berdepan Chan Yin Chank sebelum menang 21-17, 19-21, 21-17 pada perlawanan terakhir, mengakui berasa tertekan untuk beraksi dalam kejohanan besar pertamanya itu di Chengdu.

Menurut atlet berusia 20 tahun itu, beliau terlalu menekan diri sehingga membawa kepada kekalahan pada set kedua.

Sementara itu, Zii Jia berkata, meskipun berasa tertekan menentang Cheuk Yiu, beliau akhirnya menarik nafas lega apabila berjaya menewaskan pemain ke-15 dunia itu untuk menghadiahkan mata sulung buat Malaysia.

Pemain ke-10 dunia itu berkata, beberapa petua daripada jurulatihnya Wong Tat Meng, yang pernah melatih Cheuk Yiu sebelum ini, berhasil, sekali gus menjadikan rekod pertemuan mereka 2-2 sejak pertembungan pertama di Kejohanan Antarabangsa Belgium 2017.

Dalam pada itu, kapten pasukan Soh Wooi Yik berharap, mereka akan meneruskan momentum kemenangan itu pada perlawanan seterusnya, manakala pasangan beregunya Aaron Chia optimis kejayaan ke atas Hong Kong akan membuka pintu untuk Malaysia muncul sebagai pasukan dua teratas Kumpulan D sekali gus layak ke suku akhir.

Aaron-Wooi Yik mencatatkan mata kedua negara selepas menewaskan Law Cheuk Him-Yeung Shing Choi 21-16, 21-12, manakala beregu kedua Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menyumbang mata keempat dengan kemenangan 21-19, 21-18 ke atas Reginald Lee- Tang Chun Man.

Malaysia, juara lima kali, perlu mengatasi Algeria dalam aksi kedua esok untuk berpeluang layak ke suku akhir, sebelum menamatkan kempen Kumpulan D menentang juara 2016 dan pasukan kuat dari Eropah, Denmark, Selasa ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Akaun Instagram Keluar Kenyataan Simbah Asid Pemain Bola Adalah Palsu – Polis

Sukan 20 jam yang lalu

Keadaan Faisal Halim Amat Positif Selepas Pembedahan Kedua

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi