web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenyataan Awesome TV Biadab, Gesa Mohon Maaf Secara Terbuka - Persatuan Filem

Beberapa persatuan perfileman dalam kenyataan berasingan hari ini meluahkan rasa kecewa dengan tindakan stesen televisyen terbabit dan menggesa Awesome TV membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Fahmi Fadzil.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 8:06PM

Tindakan Awesome TV dikatakan turut menyinggung perasaan seluruh penggiat seni tempatan selain mencabar kesabaran dan sentimen anak seni tempatan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa persatuan perfileman hari ini mengecam tindakan stesen televisyen Awesome TV yang disifatkan biadap terhadap Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil susulan gesaan menteri itu supaya stesen televisyen menyelesaikan segera isu hutang tertunggak baru-baru ini.

Persatuan itu dalam kenyataan berasingan hari ini meluahkan rasa kecewa dengan tindakan stesen televisyen terbabit dan menggesa Awesome TV membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Fahmi selain bertanggungjawab menyelesaikan isu pembayaran melibatkan penerbit dan penggiat seni.

Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) Pansha berkata kenyataan Awesome TV memberi gambaran seperti menteri tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikan permasalahan industri dan memperjuangkan nasib penggiat seni yang tertindas. 

“Walaupun banyak kali membuat rundingan dengan Awesome TV dilakukan, namun penyelesaiannya gagal dan hambar. Mengheret penerbit dan penggiat seni ke mahkamah untuk menyelesaikan isu dalaman penyiar, bukanlah satu solusi yang bijak, baik dan jujur.

“Masalah ini harus diselesaikan secara tuntas oleh Awesome TV tanpa melibatkan pihak lain termasuk menggunakan saluran media,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Dr Ahmad Ibrahim berkata kenyataan balas stesen televisyen berhubung teguran Fahmi itu disifatkan amat tidak beretika dan tidak berbudi bahasa selain amat mengecewakan.

“Kami menyarankan agar pihak Awesome TV memohon maaf secara terbuka kepada Fahmi Fadzil atas kekasaran kenyataan mereka. Kami juga khuatiri perkara ini dieksplotasi oleh pihak tertentu untuk dijadikan agenda dan polemik politik,” katanya.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Zed Zaidi berkata tindakan stesen televisyen itu turut menyinggung perasaan seluruh penggiat seni tempatan selain mencabar kesabaran dan sentimen anak seni tempatan.

Justeru, katanya SENIMAN menyarankan Awesome TV serta vendor terlibat dapat berjumpa secara terus dengan Menteri Komunikasi dan Digital untuk meleraikan permasalahan dalaman mereka, khususnya aspek penyiar atau penerbitan program secara beradap.

Senada dengan mereka, Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) Khalil Saleh berkata persatuan itu menyokong penuh campur tangan menteri bagi membantu menyelesaikan masalah luar biasa Awesome TV yang memberi kesan kepada semua pihak terutamanya penerbit

“Sebagai penyiar yang telah dilesenkan oleh kerajaan, Awesome TV seharusnya mempunyai sikap yang lebih profesional, bertanggungjawab dan menerima baik teguran dari Menteri KKD,” katanya.

Baru-baru ini, pada sesi Town Hall Industri Kreatif Siri 3: Industri Filem di RexKL, Fahmi meminta Awesome TV melunaskan segera isu hutang tertunggak jika ada termasuk kes saman membabitkan beberapa penerbit, susulan itu, stesen televisyen itu dalam kenyataan balasnya meminta menteri itu tidak mencampuri hal-hal komersial mereka dengan pembekal. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang