web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2024 9:33PM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sebarang keperluan untuk meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) yang digunapakai untuk persembahan formasi penerbangan akan ditentukan selepas Kementerian Pertahanan menerima laporan penuh siasatan nahas pertembungan dua helikopter di Lumut, Selasa lalu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang dilaporkan media tempatan, berkata kementerian itu sedia meneliti keperluan untuk melihat semula SOP membabitkan formasi penerbangan raptai lintas langsung, bagi mengelakkan insiden sedemikian berulang.

"Kita akan ambil pengajaran (daripada insiden ini) dan tunggu laporan siasatan.

“Dari situ kita akan melakukan perkara-perkara yang wajar untuk dilakukan," katanya pada sidang media selepas hadir majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri di Wisma Perwira MINDEF hari ini.

Pada masa sama, beliau dilaporkan berkata, tidak menolak kemungkinan untuk Lembaga siasatan memanggil semua pihak berpotensi termasuk syarikat pembekal helikopter, untuk melengkapkan siasatan.

Lembaga siasatan berkenaan ditubuhkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) susulan insiden yang meragut nyawa 10 pegawai serta anggotanya, dalam kejadian pada jam 9.32 pagi Selasa.

Ketika kejadian, dua helikopter berkenaan sedang menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

"Jawatankuasa dibentuk dan mereka akan melihat, akan tentukan siapa yang akan (dipanggil untuk) membantu (siasatan). Kita mesti nak tahu sejelas-jelasnya apa yang berlaku.

"Apa saja yang mahu dibantu… tiada apa yang mahu diketepikan dan disorokkan," katanya. – Getaran, 25 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad