web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Tak Faham Kenapa Marissa Seorang Yang Disalahkan, Dulu Saya Tak Pernah Salahkan Memey’ - Abby Abadi

Menurut Abby, anaknya Marissa Dania dihentam netizen bagaikan tiada hari esok, sedangkan pihak lelaki juga turut bersalah dalam kontroversi yang melanda keluarga mereka

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2024 8:10AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon yang juga ibu kepada Marissa Dania Hakim iaitu Abby Abadi tidak faham kenapa netizen sering menyalahkan anaknya seorang kerana menjadi isteri kedua sedangkan pihak lelaki juga turut terlibat.

Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 46, dia akui hakikat bahawa anak perempuannya telah melakukan kesilapan besar, tetapi kesalahan itu tidak sepatutnya digalas dibahu anaknya seorang.

"Saya tak rasa hanya dia (Marissa) seorang yang patut dipersalahkan. Kenapa orang hanya menuding jari kepada Marissa seolah-olah Aslam tidak salah langsung. Saya rasa macam pelik sangat. Mereka gelar anak Saya 'penyondol', habis yang lelaki tidak salah ke? 

"Pada saya masing-masing ada salah sendiri. Kita sendiri tidak tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga Aslam dan isteri pertamanya, Umisya," katanya ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Wawa Cosmetics di Bangi.

Tambah bekas ahli kumpulan Elite ini lagi, sebagai seorang yang pernah melalui pengalaman bercerai satu ketika dahulu gara-gara orang ketiga, dia tidak pernah menyalahkan Memey. 

"Saya throwback sikit masa saya dengan bekas suami (Norman Hakim) dulu, saya tak pernah menyalahkan Memey sebab tak tahu pun mereka berkawan sampailah satu kejadian yang buatkan saya tahu. Masa tu saya tak salahkan Memey, saya salahkan Norman. 

"Tetapi sekarang ini saya nampak orang lebih salahkan pihak perempuan. Sedangkan perkara ini berlaku melibatkan kedua-dua belah pihak. Perempuan dihentam bagaikan tiada hari esok. 

"Saya rasa perkara ini tidak adil. Sampai anak saya cakap diri dia seorang introvert pun orang marah. Sedangkan dia memang begitu. Jangan disebabkan satu kesalahan, orang menidakkan perkara yang lain", jelasnya. 

Bekas pelakon drama bersiri Gerak Khas ini juga berharap agar anaknya diberikan peluang untuk menjalani kehidupan normal bersama suami dan madunya. 

"Saya tengok masing-masing pun dah bahagia. Umisya dah boleh terima. Aslam lagilah saya tengok macam seronok sangat. Jadi apa salahnya kita doakan yang baik-baik untuk mereka. 

"Apa yang saya nampak, mereka cuba untuk mencari jalan damai dalam masa yang singkat. Kerana masing-masing belajar agama. Mereka mahu mengelakkan maksiat dan mencari jalan halal. Aslam juga merupakan seorang anak Ustaz ," ujarnya. 

Marissa Dania dan suaminya, Aslam
Marissa Dania dan suaminya, Aslam

Kata Abby lagi, biarpun masih dalam fasa terkejut dengan apa yang berlaku, tetapi dia mula belajar untuk berlapang dada dan menerima ketentuan ilahi atas takdir yang telah tertulis dalam perjalanan hidupnya. 

"Saya bukan seorang yang rela untuk berkongsi suami. Sebab itu saya pilih untuk bercerai satu ketika dulu. Tetapi siapa sangka anak sendiri pilih untuk hidup berkongsi kasih. 

"Saya anggap ini satu ujian untuk saya. Namun saya kena reda dan terima hakikat. Daripada saya hilang anak saya disebabkan dia buat perkara yang bukan-bukan, depresi dan sebagainya, lebih baik kita doakan untuk dia. Kalau dia seronok untuk hidup berkongsi kasih, terpulang pada dia," katanya. 

Terdahulu, baru-baru ini tular di media sosial sebuah video yang memaparkan Aslam bertemu dan bersalaman dengan Abby sewaktu menghadiri sebuah majlis sekaligus meleraikan segala kemelut yang melanda keluarga mereka sejak Marissa berkahwin dalam diam di Thailand pada Disember tahun lalu. - Getaran, 4 Mei 2024

Foto : Helmi Anuar

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 tahun yang lalu

Gema Getaran Ep. 17

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang