Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cuepacs Selangor Kecewa Ahli Parlimen PN Cuba Gagalkan Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2024 4:21PM

Pengerusi Cuepacs Selangor Zulkifli Mohammad bersama dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu majlis April lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Selangor kecewa dengan kenyataan dibuat seorang ahli Parlimen yang cuba menggagalkan usaha meluluskan kenaikan gaji penjawat awam  dalam pembentangan Bajet 2025 di Parlimen Oktober nanti.

Menurut pengerusinya, Zulkifli Mohammad menyifatkan tindakan ahli Parlimen tersebut sangat melampau dan mengecewakan.

"Jelas ia menunjukkan kepentingan politik lebih utama berbanding kesejahteraan rakyat yang diwakilinya.

"Cuepacs Negeri Selangor mengecam perbuatan ini dan meminta semua penjawat awam untuk menolak mana-mana pemimpin politik yang cuba menggagalkan usaha menaikkan gaji penjawat awam, " katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, bekas presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda, ketika dihubungi Getaran turut berharap semua ahli Parlimen tidak kira di pihak pembangkang akan sebulat suara meluluskan pembentangan yang Bajet 2025 yang membawa usul kenaikan gaji penjawat awam.

"Ini bukan soal lagi partisan lagi, tapi soal kelangsungan, bagaimana kita nak pacu negara nak ada kedudukan dengan lebih baik pada masa  kita dapat menerima ganjaran itu.

"Kita sedia maklum lebih 13 tahun  penjawat awam tidak ada kenaikan gaji sedangkan masa sama dalam tempoh itu kos sara hidup meningkat.

“Beban yang ditanggung penjawat awam dengan kemahuan rakyat yang mahu mereka  beri perkhidmatan terbaik, kita tidak nafikan akan menganggu penjawat awam sekiranya tiada kenaikan kadar upah,"  katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, adalah tidak adil untuk melemparkan kritikan sedangkan kerajaan masih mengumumkan perincian mengenai langkah tersebut.

"Saya minta semua pihak bersabar, memang akan ada perbezaan sebab penjawat awam ada klafikasi gred kaji. Tapi kerajaan tahu apa yang mereka lakukan. Apa pun tunggulah perincian lebih jelas dari kerajaan," katanya.

Ahli Parlimen Machang Wan Fayhsal Wan Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata, kenaikan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memberi sebarang makna disebabkan kenaikan harga barangan ketika ini.

"Realitinya, kenaikan tangga gaji ini akan berlaku 1 Disember selepas Belanjawan 2025 diluluskan. Itupun kalau diluluskan. Apa yang pasti harga barang tetap naik," katanya seperti dilaporkan media. – Getaran, 4 Mei 2024

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 1 hari yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

oleh Rafisqi Radhi

Singapura 1 hari yang lalu

PM Singapura Bercakap Dengan Anwar, Pemimpin Lain Pada Hari Pertama Bertugas

Semasa 16 minit yang lalu

2 Lelaki Ditahan, Cuba Ceroboh Istana Negara Bawa Parang

oleh Sophia Ahmad