web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Singapura Bercakap Dengan Anwar, Pemimpin Lain Pada Hari Pertama Bertugas

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2024 8:32AM

Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong bercakap dengan beberapa pemimpin di rantau ini melalui telefon termasuk Anwar Ibrahim. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong semalam bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wong yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keempat Singapura pada Rabu malam, juga bercakap dengan Presiden Terpilih Indonesia Prabowo Subianto dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida.

"Mereka menelefon untuk mengucapkan tahniah kepada saya atas peranan baharu saya dan saya mengucapkan terima kasih kepada mereka atas ucapan itu. Saya berharap dapat bekerjasama dengan mereka untuk meningkatkan kerjasama dua hala dan serantau," katanya dalam hantaran di platform X.

Perdana menteri dalam ucapan sulungnya kepada negara, antara lain, berkata kerajaannya akan mengukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" dan berusaha untuk berkawan dengan semua sambil memajukan kepentingan Singapura.

Pada hari pertama beliau memegang jawatan, Wong juga mempengerusikan mesyuarat Kabinet sulungnya.

"Kita mempunyai agenda penuh di hadapan. Tidak sabar untuk bekerjasama dengan anda semua untuk membawa Singapura ke hadapan dalam fasa seterusnya," menurut beliau.

Wong dan Kabinetnya mengangkat sumpah pada Rabu malam, di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Adakan Pertemuan Dengan PM Singapura, Perkukuh Hubungan 2 Hala

2

Singapura 2 tahun yang lalu

Lee Akan Dilantik Sebagai Menteri Kanan Dalam Kabinet Baharu - Wong

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia-Singapura Jalin Kerjasama Atasi Kesesakan Di Tambak Johor

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Ismail Sabri Terima Kunjungan Hormat TPM Singapura

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.1 Landa Perairan Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Tiada Ibu Yang Rela Anaknya Dikenang Dengan Cara Menyedihkan’ - Kasturi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Banduan Maut Dipukul 3 Rakan Di Penjara Marang

oleh Sophia Ahmad