web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia-Singapura Jalin Kerjasama Atasi Kesesakan Di Tambak Johor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 8:56PM

Tambak Johor adalah antara sempadan tersibuk di dunia. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura akan melihat kepada usaha menambah baik mekanisme diguna pakai oleh pihak imigresen dan kastam, bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas di Tambak Johor yang menghubungkan kedua-dua negara, khususnya ketika hujung minggu dan awal pagi.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia diyakini mampu meringankan beban rakyat Malaysia yang menetap di Johor tetapi bekerja di Singapura.

“Kami (merujuk kepada dirinya dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong) bersetuju melaksanakan penyelesaian sementara. Kami akan memperkenalkan sistem digital yang lebih canggih, tetapi penekanan juga perlu diberikan kepada mewujudkan lebih banyak fasiliti, khususnya pada hujung minggu dan di waktu pagi.

“Ini akan meringankan beban rakyat Malaysia yang terpaksa beratur seawal 3 atau 4 pagi untuk bekerja.

“Jadi kami akan melihat kepada cara meringankan beban mereka khususnya dari aspek proses imigresen serta kastam, dan Singapura telah menyatakan persetujuan untuk bekerjasama,” katanya.

Terdahulu, ketika berucap kepada rakyat Malaysia di Suruhanjaya Tinggi, Ahli Parlimen Tambun itu menjelaskan, usaha tersebut termasuk menambah jumlah laluan dan pegawai di kedua-dua belah bahagian.

Sebagai contoh, Anwar berkata, jika terdapat 15 pegawai kastam dan imigresen, ia boleh digandakan kepada 30 bagi mempercepat proses kemasukan ke Singapura.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri memberitahu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah diberi mandat untuk tampil dengan sistem digital bagi tujuan berkenaan.

Dalam satu sidang media berasingan, Fahmi menjelaskan bahawa perkara itu akan di perinci terlebih dahulu.

“Kami akan meneliti semua proses berkaitan kerana ia mungkin tidak hanya berkisar kepada kesesakan fizikal, tetapi turut melibatkan proses dan itu adalah di bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri. Ada perkara yang kami boleh bantu dan sistem digital boleh mempercepat proses tersebut.

“Niat Perdana Menteri ialah untuk meringankan beban rakyat Malaysia yang menetap di Johor tetapi bekerja di Singapura.

“Tambak Johor adalah antara sempadan tersibuk di dunia dan jika boleh, kami di kementerian mahu membantu menyelesaikan isu ini,” katanya. - Getaran, 30 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad