web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2026 9:20AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan lebih awal dari jadual, bukan keutamaan Kerajaan Persekutuan ketika ini. 

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sebaliknya lebih memfokus kepada pemulihan ekonomi negara serta ketidaktentuan global yang masih berlarutan perlu diberi perhatian utama.

Berucap pada majlis pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) bagi PRN Johor di Batu Pahat malam tadi, Perdana Menteri berkata, pentadbirannya lebih cenderung memberi tumpuan kepada usaha menangani isu ekonomi yang membebani rakyat berbanding mengalihkan fokus kepada kempen pilihan raya.

Bagaimanapun, beliau mengakui pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor oleh kerajaan negeri menyebabkan parti-parti politik tidak mempunyai pilihan selain membuat persiapan menghadapi pilihan raya yang bakal berlangsung.

“Kita (Kerajaan Persekutuan) sebenarnya belum bersedia untuk mengadakan pilihan raya. Kita perlu menilai keadaan terlebih dahulu sebelum kembali ke medan pilihan raya. Namun begitu, rakan-rakan komponen dalam kerajaan sudah bersedia menghadapi cabaran PRN Johor dan Negeri Sembilan.

“Mengapa? Kerana kita mahu menjaga negara dan memberi tumpuan kepada ekonomi negara. Isu-isu global masih belum reda, termasuk Selat Hormuz yang belum dibuka sepenuhnya, masalah perumahan serta pelbagai isu lain yang perlu diberi perhatian.

“Jika mereka mahu mengadakan pilihan raya di Johor, itu pilihan mereka. Saya tiada pilihan. Mereka mahu pilihan raya dan saya boleh menerimanya,” katanya.

Menurut Anwar, kerajaan Perpaduan mahu menegaskan bahawa pilihan raya tersebut merupakan keputusan yang didorong oleh kerajaan negeri dan bukan inisiatif Kerajaan Persekutuan, sambil mengekalkan pendirian bahawa kestabilan ekonomi kekal sebagai keutamaan utama pentadbiran beliau.

Jelas beliau, landskap politik Johor berbeza dengan Negeri Sembilan yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menguasai majoriti kerusi di Johor.

“Persaingan politik di Negeri Sembilan jauh lebih sengit dengan perbezaan kerusi yang kecil dan tempoh pentadbiran DUN yang masih belum mencapai tiga tahun.

“Justeru, jika mereka (BN) mahukan pilihan raya, kita akan teruskan. Dalam pilihan raya negeri ini, kita akan mengembalikan mandat kepada rakyat dan membiarkan rakyat membuat keputusan,” katanya.

Perdana Menteri menarik perhatian, kehadirannya ke Johor adalah untuk mengajak rakan-rakan di negeri itu bekerjasama dan bukan mencipta permusuhan politik.

“Kita mesti mempunyai kestabilan politik. Jangan memandang ringan soal kestabilan kerana ada negara lain yang rakyatnya terpaksa beratur untuk mendapatkan bekalan bahan api.

“Kita mesti mengutamakan kehendak rakyat. Kita juga memerlukan kerajaan yang bergerak sehaluan kerana manfaatnya jauh lebih besar,” katanya.

Anwar turut berkata, pengalaman pilihan raya lalu di Johor telah memberikan banyak pengajaran kepada Pakatan Harapan, khususnya dalam memahami perubahan sentimen pengundi dan perkembangan landskap politik semasa. - Getaran, 7 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

3

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

4

Politik 2 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad