web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2026 1:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keutamaan pentadbiran Kerajaan Perpaduan ialah mentadbir negara dengan berkesan, bagi memastikan ia berupaya membela nasib dan kebajikan rakyat. 

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agenda itu jauh lebih penting berbanding memberi tumpuan kepada gesaan atau spekulasi mengenai tarikh pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Kenyataan tersebut menyusul perbincangan politik yang kembali hangat berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor awal minggu ini, bagi membuka jalan kepada pilihan raya negeri (PRN).

Ia turut mencetuskan persoalan sama ada langkah serupa boleh dibuat untuk PRU ke-16.

Apabila ditanya sama ada beliau berhasrat mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk membubarkan Parlimen, Anwar enggan memberikan sebarang indikasi.

“Itu keputusan mereka (kerajaan negeri). Kami (kerajaan) mempunyai keutamaan kami sendiri. Kami fokus kepada kerja kami (mentadbir negara),” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Persidangan Peralihan Tenaga di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Perdana Menteri menyatakan demikian bagi menjawab soalan sama ada kerajaan Persekutuan mungkin mengikut langkah Johor selepas DUN dibubarkan awal minggu ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran DUN Isnin lalu, bagi memberi laluan kepada PRN Johor ke-16.

Di bawah rangka kerja pilihan raya Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikehendaki mengadakan PRN dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran sesuatu DUN.

Pada PRN Johor Mac empat tahun lalu, Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan besar dengan 40 daripada 56 kerusi, membolehkan ia membentuk kerajaan negeri.

Pakatan Harapan (PH) memenangi 12 kerusi, dengan DAP memperoleh 10, manakala PKR dan Amanah masing-masing memenangi satu kerusi. 

Perikatan Nasional (PN) memperoleh tiga kerusi, dan MUDA memperoleh satu kerusi. - Getaran, 4 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 4 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar