web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2026 10:41AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji keberkesanan penyampaian Kementerian Komunikasi berhubung pelaksanaan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang disifatkannya sebagai antara contoh terbaik komunikasi kerajaan dalam menjelaskan dasar kepada rakyat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata penerangan yang jelas dan berkesan tentang inisiatif itu telah membantu meningkatkan kefahaman rakyat, sekali gus mengurangkan kekeliruan terhadap pelaksanaan BUDI95.

"Kejayaan terbesar saya fikir kementerian ini adalah dalam soal BUDI95. Apabila diberi penerangan lebih jelas, ia tidak menimbulkan banyak masalah.

"Sekali lagi saya ucap tahniah kepada rakan-rakan, Fahmi (Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil), KSU (Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah) dan seluruh warga Kementerian Komunikasi kerana kegigihan menyampaikan maklumat dengan baik kepada rakyat," kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Turut hadir Fahmi, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar berkata walaupun masih terdapat segelintir pihak yang membangkitkan isu kenaikan harga minyak, pelaksanaan BUDI95 membuktikan bahawa komunikasi yang berkesan mampu meningkatkan penerimaan rakyat terhadap sesuatu dasar kerajaan.

BUDI95 ialah inisiatif Kerajaan MADANI untuk menyalurkan subsidi petrol RON95 kepada rakyat Malaysia pada harga subsidi RM1.99 seliter. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 jam yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

Semasa 16 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

3

Politik 3 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar