web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2026 5:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini mengisytiharkan putera kedua baginda, Tunku Zain Al-’Abidin Tuanku Muhriz sebagai penyandang gelaran warisan Putera Yang Empat, Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, berkuat kuasa serta-merta.

Istiadat pengisytiharan berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti dengan disaksikan oleh Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, serta ketua-ketua jabatan negeri.

Menurut laporan Bernama, pengisytiharan tersebut dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan warisan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan yang sebelum ini disandang oleh Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Ja’afar.

Sementara itu, Pengelola Bijaya Diraja Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali berkata, Tuanku Muhriz menzahirkan keyakinan bahawa Tunku Zain Al-’Abidin akan terus memainkan peranan penting dalam memelihara kedaulatan Institusi Diraja Negeri Sembilan serta menjaga kepentingan rakyat dan negeri.

“Tunku Zain Al-’Abidin sebagai Tunku Panglima Besar akan meneruskan tanggungjawab dan peranan penting dalam memperkukuhkan institusi diraja serta menyumbang kepada pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk pengetahuan, Tunku Zain Al-’Abidin, 44, dikenali sebagai tokoh yang aktif memperjuangkan pemerkasaan institusi dan tadbir urus yang lebih baik di Malaysia, selain memperjuangkan peluang lebih adil untuk semua rakyat.

Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Alice Smith, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pengajian di Marlborough College, United Kingdom dan memperoleh Ijazah Sarjana Sains (MSc) dalam bidang Politik Perbandingan dari London School of Economics and Political Science (LSE).

Sepanjang kerjayanya, baginda pernah berkhidmat bersama Parlimen United Kingdom, Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selain merupakan penerima Eisenhower Fellowship.

Dalam bidang pendidikan, Tunku Zain Al-’Abidin kini berkhidmat sebagai Canselor Universiti UCSI, Pro-Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Presiden ICAN College.

Baginda juga merupakan Pemegang Amanah Yayasan Jeffrey Cheah serta Penaung Program Seni dan Budaya Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan yang aktif memperjuangkan akses pendidikan berkualiti, pembelajaran holistik dan pembangunan generasi pemimpin masa depan.

Menerusi pelbagai peranan dan penglibatan dalam yayasan pendidikan, baginda terus komited memperkukuh sistem pendidikan negara serta membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda. - Getaran, 11 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Tiada Perjanjian Dimuktamadkan Antara UMNO Dan Pas - Zahid 

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Politik 2 minggu yang lalu

BN Pertimbang Tukar Kerusi Di NS, Tok Mat Mahu Rombakan Strategi Pilihan Raya 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 46 minit yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad