web statsweb stats

Berita Terkini

45 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 46 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Terima Kunjungan Hormat TPM Singapura

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 7:00AM

Ismail Sabri (kanan) bersalaman dengan Lawrence Wong semasa menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Singapura itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong di Perdana Putra di sini, semalam dalam usaha kedua-dua negara terus memperkukuh hubungan akrab.

Ia adalah lawatan sulung Wong ke Malaysia selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri republik itu pada Jun 2022 dan beliau dijadual mengadakan lawatan rasmi empat hari.

Pada pertemuan hampir sejam itu bermula 5.30 petang, Ismail Sabri mengucapkan tahniah kepada Wong atas pelantikan beliau dan kedua-dua pemimpin mengulangi komitmen mereka untuk terus memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia serta Singapura, termasuk meneroka bidang kerjasama baharu.

Singapura adalah destinasi eksport kedua terbesar Malaysia selepas China dengan nilai dagangan US$29.85 bilion (RM134.09 bilion), selain negara sumber import kedua terbesar Malaysia selepas China dengan import berjumlah US$18.45 bilion (RM82.88 bilion) dari Januari hingga Julai lalu.

Dari Januari hingga Disember 2021, pelaburan Singapura di Malaysia adalah sebanyak US$38.62 bilion (RM173.49 bilion), manakala pelaburan Malaysia di Singapura berjumlah US$25.41 bilion (RM114.15 bilion) bagi tempoh sama.

Turut hadir, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Semasa berada di Malaysia, Wong turut dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Adakan Pertemuan Dengan PM Singapura, Perkukuh Hubungan 2 Hala

2

Singapura 2 tahun yang lalu

PM Singapura Bercakap Dengan Anwar, Pemimpin Lain Pada Hari Pertama Bertugas

3

Singapura 2 tahun yang lalu

Lee Akan Dilantik Sebagai Menteri Kanan Dalam Kabinet Baharu - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam