Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dasar Gaji Progresif, TVET Dan Kerosakan Jalan Raya Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Mar 2024 9:52AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dasar gaji progresif bagi mereformasi pasaran buruh dengan meningkatkan gaji pekerja supaya selari dengan peningkatan produktiviti pekerja sektor swasta menjadi antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, soalan itu diajukan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN- Kalabakan) kepada Menteri Ekonomi dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan.

Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) pula akan bertanya kepada Menteri Kerja Raya mengenai langkah drastik yang boleh diambil bagi menangani masalah jalan raya rosak dan berlubang, terutama di Pahang kerana ia seperti tidak berkesudahan hingga mengakibatkan banyak kenderaan rosak serta terlibat kemalangan.

Pada sesi sama, Manndzri Nasib (BN-Tenggara) meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan sama ada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bersedia menawarkan bantuan pinjaman kepada pelatih Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang ingin menyertai latihan peningkatan kemahiran jangka masa pendek, seterusnya mendapat Professional Skill Certificate dari badan profesional tempatan atau institusi TVET luar negara.

Selesai sesi itu, persidangan akan diteruskan dengan menyambung penggulungan perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2023) 2024 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2023.

Turut disenarai dalam aturan mesyuarat itu adalah pembentangan bacaan kali kedua RUU Polis (Pindaan) 2024, RUU Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023 dan RUU Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 2023.

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 19 hari hingga 27 Mac ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Lulus RUU Polis (Pindaan) 2024

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kurma Dari Israel, Subsidi Telur Antara Isu Dibincang Di Dewan Rakyat Hari Ini

3

Politik 1 bulan yang lalu

Dewan Rakyat: Wan Saiful Mohon Maaf, Usul Gantung 6 Bulan Ditarik Balik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penurunan Nilai Ringgit, Simpanan KWSP Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

2

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

3

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

4

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

5

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PN Letak Calon Melayu Atas Permintaan, Bukan Kerana Perkauman - Muhyiddin

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

Politik 2 jam yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Persaingan 4 Penjuru Antara PH, PN, PRM, Bebas

oleh Diyana Nawwar