web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2024 5:40PM

Saifuddin Nasution Ismail - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa gutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata isu melibatkan lesen pengusahaan minyak adalah di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan bayaran subsidi minyak diuruskan oleh Kementerian Dalam Negeri.

"Namun, jika wujud sebarang unsur ugutan terhadap pengusaha stesen minyak, maka ia menjadi bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Jika ada (ugutan), maka pihak berkenaan harus membuat laporan polis untuk PDRM mengambil tindakan selanjutnya," katanya selepas merasmikan Karnival Pencegahan Jenayah di Flat Sri Sabah, Cheras, di sini hari ini.

Program sehari itu memfokuskan kepada pencegahan jenayah terhadap masyarakat setempat selain diadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata setakat ini PDRM belum menerima laporan polis berkaitan isu ugutan tersebut.

Selasa lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan terdapat pengusaha stesen minyak diugut sindiket penyeludupan supaya terus menjual diesel bersubsidi kepada mereka.

Beliau berkata selain menerima ugutan, ada antara pengusaha stesen minyak terbabit turut didatangi samseng. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Pahang Sita 630 Liter Minyak Diesel Subsidi Disyaki Cuba Diseleweng

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Peserta ‘Pesta Masakan’ Di Stesen Minyak Sudah Ditahan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Muat Naik Ugutan Bunuh Ibu Bapa Selebriti

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar