web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

Anda bukan sahaja boleh menikmati makanan enak, malah bercuti selama tiga hari 2 malam dengan Merqeen.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2024 8:42AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon pujaan ramai, Meerqeen melalui akaun Instagramnya hari ini tampil dengan sebuah video pendek menjemput anda, khususnya peminat setia untuk bersama-sama dengannya ke Rumah Terbuka ‘Riangnya Raya Bersama Airbnb’.

Meerqeen kini sudah bergelar Hos Airbnb, dan acara bagi meraikan musim perayaan ini cukup istimewa kerana pemit bukan sahaja boleh menikmati pelbagai juadah hari raya yang enak, malah boleh bermalam sebumbung dengan Merqeen di penginapan Airbnb kegemarannya, Lereng Tanah yang mesra keluarga.

Rumah Terbuka ‘Riangnya Raya Bersama Airbnb’ yang dihoskan bersama Meerqeen ini bakal berlangsung di Hulu Langat pada hujung minggu 11 hingga 13 Mei 2024. Penginapan dua malam yang istimewa itu ditawarkan pada hanya RM100 (sebelum cukai) dan boleh memuatkan sehingga 10 orang tetamu. 

“Saya sangat teruja untuk berkongsi bahawa saya kini menjadi Hos @airbnb! Raya mendapat tempat yang istimewa di hati saya, dan tahun ini, saya teruja untuk menganjurkan Rumah Terbuka Raya Airbnb di Malaysia!

Sertai saya dan Superhost tempatan, Ayu, sambil kami membawakan anda penginapan yang tidak dapat dilupakan di vila mesra keluarga kegemaran saya di Hulu Langat! 

Bersedialah untuk meraikan, berpesta dan menyanyi sambil kita menutup sambutan Raya kali ini,” tulis Merqeen. 

Dalam masa yang sama, pelakon yang mula melonjak naik menerusi drama ‘Melur Untuk Firdaus’ ini juga sempat berpesan bahawa harga baharu akan tarikh terbabit akan dipamerkan apabila tempahan dibuka secara langsung nanti. 

“Penginapan dua malam eksklusif ini ditetapkan dari 11 hingga 13 Mei dan ia boleh memuatkan sehingga 10 tetamu. Tandakan kalendar anda kerana tempahan akan dibuka pada Rabu depan, 1 Mei, jam 9:00 pagi, Siapa cepat, dia dapat,” tulis Merqeen.

Pertemuan dengan Meerqeen ini pastinya memahat memori yang tidak mungkin dilupakan buat mereka yang menggilai pelakon ini. Bahkan, ia juga boleh dianggap sebagai acara penutup hari raya yang manis. 

Para tetamu berpeluang beramah mesra dengan artis popular itu sambil menyediakan juadah raya yang lazat bersamanya. Malah, mereka juga berpeluang menikmati persembahan muzik istimewa oleh Meerqeen, di kelilingi kehijauan hutan tropika Hulu Langat yang memukau.

Meerqeen yang terkenal dengan persembahan yang menawan dalam skrin dan karisma yang hebat di luar skrin, akan mengalu-alukan anda secara peribadi bersama Superhos Airbnb tempatan, Ayu. 

“Hari Raya Aidilfitri mempunyai tempat yang istimewa di hati saya. Ia merupakan masa kegemaran saya, yang mana semua ahli keluarga dan rakan-rakan saya akan berkumpul untuk bersama-sama menikmati makanan yang lazat dan suasana perayaan.”

“Semua ini adalah tentang semangat kebersamaan, jadi saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan Airbnb untuk membawa keriangan dan kemesraan ini kepada rakyat Malaysia. Bersama-sama, kita dapat melabuhkan tirai sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh makna,” kongsi Meerqeen.

Serba sedikit tentang Lereng Tanah, ia merupakan sebuah vila luas yang dikelilingi kehijauan indah dan terletak kurang dari satu jam pemanduan dari Kuala Lumpur. 

Ia terletak di atas bukit yang nyaman dan menawarkan lapan bilik tidur yang selesa serta satu kawasan umum yang luas untuk berkumpul dengan insan-insan tersayang, menjadikannya tempat ideal untuk berehat bersama rakan dan keluarga.

Ruang tamu utamanya mempunyai tingkap kaca dua tingkat yang menghadap sebuah patio yang indah, dapur terbuka yang serba lengkap, kawasan BBQ terbuka dan lubang bakar yang ideal untuk berborak-borak di bawah sinaran bintang. - Getaran, 27 April 2024

Foto Villa : Airbnb

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang