web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2024 1:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG BESAR - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, agar tidak bersikap hipokrit apabila mendakwa kononnya kerajaan hari ini mengambil tindakan terhadap pengkritinya di media sosial.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Syed Saddiq berkemungkinan lupa, suatu masa dahul terdapat seorang pemimpin yang mengambil tindakan terhadap media dan mereka yang tidak bersetuju dengan pemimpin tersebut.

"Mungkin dia (Syed Saddiq) mudah lupa, zaman dulu sebelum dia lahir ada seorang pemimpin ni, waktu itu tak ada kebebasan bersuara, orang yang berdemo kena pukul, wartawan yang menulis mungkin akhbarnya kena 'gam'.

"Mereka yang tak bersetuju akan ditangkap dalam Ops Lalang. Tanya balik idola beliau waktu itu. Kalau nak bandingkan zaman dulu dengan zaman sekarang, macam langit dengan bumi, jadi, janganlah hipokrit," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hab Rangkaian Gentian Optik Point of Presence (PoP) Zon Utara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Besar Utara, di sini semalam.

Fahmi diminta mengulas kenyataan Syed Saddiq yang dibuat menerusi hantaran video di TikTok, semalam yang mendakwa kerajaan hari ini mengambil tindakan terhadap posting di media sosial dan menutup akaun media sosial pihak tertentu yang mengkritik kerajaan.

Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan dan memberitahu terdapat banyak kandungan di media sosial yang mengkritik kerajaan.

Namun, beliau menegaskan perkara-perkara yang berunsur fitnah adalah dilarang disebarkan berlandaskan undang-undang sedia ada.

"Isunya contoh bila fitnah, bulan Ramadan lalu ada orang muat naik fitnah yang mengatakan Perdana Menteri sakit, Perdana Menteri ada penyakit sekian-sekian. Itu fitnah belaka dan perkara sebegitu dilarang berdasarkan undang-undang," katanya.

Beliau menambah, apa-apa tindakan yang diambil kerajaan adalah berlandaskan undang-undang dan tidak sesekali mengambil tindakan di luar lunas dan landasan undang-undang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran