web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penurunan Nilai Ringgit, Simpanan KWSP Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Feb 2024 9:22AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu penurunan nilai mata wang ringgit dan jumlah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat melalui laman rasmi Parlimen, Lim Guan Eng (PH-Bagan) bertanyakan Menteri Kewangan mengenai faktor-faktor menyebabkan penurunan nilai mata wang ringgit yang tidak mencerminkan petunjuk prestasi ekonomi negara yang menggalakkan, pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT).

Dalam sesi soal jawab pula, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) meminta Menteri Kewangan menyatakan usaha kerajaan untuk mengatasi masalah 35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun yang simpanan hari tua mereka berada di bawah RM10,000.

Usai sesi soal jawab, sidang Dewan Rakyat akan diteruskan dengan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Berdasarkan takwim menerusi laman rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 19 hari dengan perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-ahli Parlimen dari 27 Februari hingga 7 Mac, diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 11 Мас.

Pembentangan serta perbahasan rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain akan berlangsung pada 18 hingga 27 Mac ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad