web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2025 3:46PM

Semakin banyak negara yang dahulunya menyokong Israel, mengalihkan sokongan kepada Palestin - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia menegaskan bahawa sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin adalah berdasarkan prinsip kemanusiaan serta keadilan sejagat dan bukan semata-mata berpaksikan sentimen politik atau kelompok tertentu.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pendirian itu kekal konsisten sejak sekian lama, termasuk dalam isu membabitkan Hamas yang juga satu daripada entiti dalam landskap perjuangan rakyat Palestin.

Beliau berkata Malaysia tidak pernah berganjak daripada memperjuangkan hak rakyat Palestin untuk kembali ke tanah air mereka dan menubuhkan sebuah negara berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

"Ramai bertanya, rakan sejawat bertanya mengapa Malaysia menyokong Hamas, sedangkan mereka dilabel sebagai organisasi pengganas. Malaysia mengatakan kita bukan menyokong Hamas (semata-mata), tetapi menyokong perjuangan rakyat Palestin, Hamas adalah sebahagian daripada mereka.

"Di pelbagai pentas, baik di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Malaysia secara konsisten menyuarakan isu itu dan mengutuk kekejaman Israel," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mengenai usaha dan ikhtiar terkini kerajaan bagi membela nasib umat Islam Gaza yang sedang diancam kebuluran akibat perang berpanjangan oleh rejim Israel dan kegagalan seluruh dunia menghentikan kezaliman itu.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata kezaliman di Gaza melangkaui batas kemanusiaan dan amat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Malah, semakin banyak negara yang sebelum ini menyokong rejim Zionis kini mengubah pendirian selepas menyaksikan sendiri keganasan melampau terhadap penduduk awam Palestin.

"Mereka telah sedar betapa kejamnya rejim Zionis Israel ini membunuh wanita dan kanak-kanak. Mereka mengatakan bahawa mereka (Israel) ada hak untuk membela diri. Saya persoalkan, adakah membunuh wanita dan kanak-kanak itu satu bentuk mempertahankan diri?," katanya.

Dalam konteks itu, beliau berkata Malaysia sekali lagi akan mengemukakan usul reformasi kuasa veto UNSC pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan datang bagi memastikan prinsip keadilan dan kemanusiaan tidak terus dinafikan oleh negara-negara kuasa besar.

Mohamad berkata walaupun sokongan untuk menghentikan krisis di Gaza menjadi sokongan majoriti, penggunaan kuasa veto secara mutlak dalam UNSC sering menggagalkan usaha membela rakyat Palestin.

Beliau berkata Malaysia sekali lagi akan membawa usul reformasi kuasa veto antara lain untuk mengehadkan penggunaannya dalam kes melibatkan jenayah genosid, kekejaman terhadap manusia dan pemusnahan infrastruktur awam.

"Kita mahu supaya UNSC direformasikan, kuasa veto mesti dihadkan dan tak boleh digunakan sewenang-wenangnya selain menggesa keanggotaan bukan tetap diperluas kepada negara dari blok Asia, Afrika dan Amerika Selatan.

"Ini yang sedang kita lakukan dan cadangan itu telah mendapat sambutan positif dari negara-negara yang sepemikir dan Malaysia," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar