web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2025 5:11PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Hukuman rotan boleh dilaksanakan semula di sekolah jika perlu, namun perlu diselia dengan kawalan ketat.

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menyokong pelaksanaan semula hukuman berkenaan, dengan syarat ia dibuat secara terkawal bagi memastikan keberkesanan dalam mendisiplinkan pelajar.

Bercakap dalam sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat, beliau mengakui hukuman itu bersifat kontroversi namun menegaskan, langkah tersebut mungkin perlu diambil dalam keadaan tertentu.

“Saya pernah menjadi guru dan saya ingat saya pernah merotan puluhan pelajar, tetapi dengan kawalan,” katanya. 

Bagaimanapun Perdana Menteti mengakui, beliau faham apabila ada pandangan menyifatkan hukuman seumpama itu sebagai satu penderaan kanak-kanak.

“Saya faham, ada beberapa pandangan, contohnya daripada kumpulan hak asasi manusia yang menganggap hukuman ini sebagai satu bentuk penderaan kanak-kanak, jadi saya faham kontroversinya,” katanya.

Perdana Menteri menyatakan demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada RSN Rayer (PH–Jelutong) berhubung cadangan  memberi kuasa budi bicara kepada guru dalam melaksanakan hukuman rotan, sebagai langkah mendisiplinkan pelajar.

Anwar turut menasihatkan ibu bapa supaya tidak terlalu bimbang dan menambah, kenakalan dalam kalangan pelajar adalah perkara biasa.

“Apabila anak-anak melanggar peraturan secara keterlaluan, hukuman tetap perlu diberikan.

“Namun ini pandangan peribadi saya, bukan dasar kerajaan,” tambahnya lagi. 

Menurutnya, sebarang keputusan mengenai pelaksanaan semula hukuman rotan mesti dibuat dengan berhati-hati melalui rundingan bersama semua pihak berkepentingan, di bawah panduan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

“Saya percaya perkara ini perlu dikaji, diperhalusi dan dibincangkan dengan semua pihak sebelum keputusan muktamad dibuat.

“Saya hanya menyuarakan pandangan peribadi kerana bagi saya hukuman rotan bukan termasuk dalam kategori penderaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, kerajaan bersetuju mengekalkan kehadiran polis di sekolah susulan peningkatan kebimbangan terhadap kes buli, penderaan dan jenayah.

“Kita akan keluarkan garis panduan bagi memastikan pemantauan oleh pihak polis tidak menimbulkan rasa takut atau cemas dalam kalangan pelajar,” katanya. - Getaran, 23 Oktober 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar