web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

Semasa Dikemaskini 28 minit yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2026 7:23PM

Gambar DBKL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan penguatkuasaan terhadap perkhidmatan fotografi jalanan tanpa kebenaran diperhebat, dengan 19 notis kompaun dikeluarkan menerusi operasi khas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Serentak dengan itu, 32 peralatan turut dirampas di beberapa lokasi pelancongan utama sekitar ibu negara.

Operasi berkenaan memberi tumpuan kepada kawasan Saloma Link, Jalan Ampang dan Jalan P. Ramlee yang dikenal pasti sebagai lokasi aktif kegiatan jurugambar jalanan tidak berlesen.

Tindakan diambil terhadap individu yang didapati menawarkan perkhidmatan fotografi tanpa lesen sah atau kebenaran daripada pihak berkuasa.

Menurut DBKL, daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan, 13 membabitkan warga asing. 

“Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.

"Antara peralatan yang dirampas termasuk telefon bimbit, lampu pencahayaan, gimbal serta pelbagai aksesori fotografi lain dan kesemua barangan yang disita telah dihantar ke Stor Sitaan DBKL untuk tujuan rekod dan dokumentasi lanjut," katanya. 

Difahamkan, operasi terbabit mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 

Seramai 32 individu diperiksa bagi pengesahan dokumen pengenalan diri selaras dengan peruntukan Akta Pendaftaran Negara 1959.

DBKL memaklumkan, operasi itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk memastikan ruang awam bebas daripada aktiviti fotografi komersial tanpa kebenaran, yang berpotensi menimbulkan risiko keselamatan serta mengganggu keselesaan pengunjung.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, penguatkuasaan seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan ketenteraman awam terpelihara, serta aktiviti perniagaan di kawasan tumpuan pelancong dapat dikawal selia dengan lebih berkesan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berhubung aktiviti fotografi tanpa kebenaran diminta menyalurkan laporan melalui saluran aduan rasmi DBKL. - Getaran, 21 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

2

Sukan 1 tahun yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berniaga Tanpa Kebenaran, 9 Peniaga Warga Asing Dikenakan Tindakan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Arah Tanam 100 Pokok Gantikan Pokok Terpaksa Ditebang

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 minit yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar