Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kurma Dari Israel, Subsidi Telur Antara Isu Dibincang Di Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2024 8:33AM

Sidang Dewan Rakyat - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Isu berkaitan kurma dari Israel yang dibawa masuk ke Malaysia, program Semarak Kampus MADANI dan subsidi telur antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) pada waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah tindakan yang telah diambil susulan pembongkaran terdapatnya kurma dari Israel dibawa masuk ke Malaysia yang jelas bertentangan dengan pendirian negara memboikot produk serta sekatan perdagangan dan ekonomi dengan Israel.

Pada sesi sama, Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) pula meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan tujuan penganjuran serta status pelaksanaan program Semarak Kampus MADANI setakat hari ini dan sejauh manakah kepentingan program tersebut mampu memberi manfaat kepada semua pemegang taruh terlibat, terutama mahasiswa.

Sementara itu pada sesi soal jawab, Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) meminta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan adakah harga daging ayam naik mendadak atau menghadapi kekurangan bekalan di pasaran selepas pemansuhan subsidi dan kawalan harga serta adakah subsidi telur gred A, B dan C akan diteruskan.

Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) pula dalam soalannya meminta Menteri Kerja Raya menyatakan tindakan yang telah atau akan diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah pembaikan jalan raya iaitu turapan bukan tampalan yang berlaku di seluruh Malaysia.

Usai sesi itu, persidangan akan diteruskan dengan menyambung semula penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja daripada kementerian antaranya Kementerian Kesihatan, Kementerian Digital, Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Jabatan Perdana Menteri.

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 ini berlangsung selama 19 hari hingga 27 Mac ini dengan 160 Ahli Parlimen selesai membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat bermula 27 Februari hingga 7 Mac lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Lulus RUU Polis (Pindaan) 2024

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Dasar Gaji Progresif, TVET Dan Kerosakan Jalan Raya Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Politik 1 bulan yang lalu

Dewan Rakyat: Wan Saiful Mohon Maaf, Usul Gantung 6 Bulan Ditarik Balik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penurunan Nilai Ringgit, Simpanan KWSP Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

Semasa 16 minit yang lalu

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Politik 7 jam yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

oleh Diyana Nawwar