Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

Jelajah Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2024 1:58PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pengembara untuk meneroka dan mengetahui lebih banyak mengenai ASEAN, AirAsia MOVE (dahulunya dikenali sebagai AirAsia Superapp), terus mengorak langkah dengan memperkenalkan pas perjalanan terbaharunya, ASEAN Explorer Pass.

ASEAN Explorer Pass ialah pas perjalanan tahunan yang membolehkan pelanggan menerokai seluruh rantau ASEAN melalui rangkaian penerbangan antarabangsa dan domestic AirAsia, menikmati diskaun hotel serta sambungan di darat melalui AirAsia Ride selama setahun penuh dari tarikh langganan. 

Untuk edisi kali ini, mereka yang melanggan pas ini sehingga 30 April, harga yang ditawarkan ialah RM999 (tidak termasuk cukai kerajaan, bayaran tambahan dan caj lain) atau secara ansuran RM89.91 sebulan. 

Langganan boleh dibuat di aplikasi AirAsia MOVE. Selepas tarikh ini, pas akan kembali kepada harga asalnya iaitu RM1,188 ((tidak termasuk cukai kerajaan, bayaran tambahan dan caj lain) atau RM106.92 secara ansuran, selama setahun. 

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dan Pengerusi Eksekutif MOVE Digital, Tan Sri Tony Fernandes memberitahu, ASEAN Explorer Pass serba baharu ini benar-benar direka untuk membolehkan penerokaan destinasi ASEAN, terutamanya tempat yang masih belum diterokai di seluruh pelusuk ASEAN, melangkaui destinasi popular seperti Bali, Bangkok, Phuket. 

“Selama lebih dua dekad, perniagaan penerbangan Capital A, AirAsia, menerajui ketersambungan di ASEAN dengan membolehkan orang ramai dari semua lapisan masyarakat rantau ini untuk mempunyai akses kepada penerbangan mampu milik.

“Untuk melanjutkan lagi, AirAsia MOVE sebagai sebagai platform ejen pelancongan dalam talian (OTA), mempunyai keupayaan untuk memperjuangkan usaha menghubungkan ASEAN dengan memudahkan pengalaman perjalanan yang lancar dan memperkasakan pengembara. Hanya buat tempahan di hujung jari.

“ASEAN Explorer Pass serba baharu ini benar-benar direka untuk membolehkan penerokaan destinasi ASEAN, terutamanya tempat yang masih belum diterokai di seluruh pelusuk ASEAN, melangkaui destinasi popular seperti Bali, Bangkok, Phuket dan bandar-bandar utama lain,” ujar Tony.

Data daripada penjualan pas perjalanan sebelum ini jelas menunjukkan bahawa permintaan untuk perjalanan dalam rantau ASEAN adalah tinggi, dengan lebih 80,000 penerbangan antarabangsa ditebus dan diterbangkan dalam masa setahun. 

Memandangkan ASEAN terus meningkat sebagai hab utama untuk perdagangan dan pelaburan antarabangsa, pas perjalanan ini sudah pasti memberi tambah nilai kepada pengembara yang sering terbang ke negara-negara ASEAN. 

Pengerusi ASEAN-BAC Malaysia, Tan Sri Nazir Razak, menambah, “Bagi pihak ASEAN-BAC, saya mengucapkan tahniah kepada AirAsia dan AirAsia MOVE atas pencapaian yang luar biasa ini.

“Pelancaran pas ini adalah bukti visi kolektif kami tentang ASEAN tanpa sempadan. ASEAN telah menyambut 100 juta pelancong antarabangsa pada 2023, iaitu 70 peratus daripada tahap pra-pandemik, dan kami yakin usaha yang diambil oleh AirAsia MOVE ini akan lebih merangsang perjalanan, dan memacu ekonomi ASEAN,” ujar beliau. 

Mereka yang membeli ‘Unlimited Pass’ pada Mac 2024 akan dilanjutkan tempoh penebusannya sehingga 6 Mei 2025, dan boleh melakukan perjalanan sehingga 20 Mei 2025. 

Pemegang Pas Asean Tanpa Had sedia ada akan melihat perubahan ini berkuat kuasa mulai 7 Mei 2024 dan seterusnya. Pemegang Pas Asean tanpa had yang ingin menebus destinasi domestik di negara selain negara mereka sendiri (berdasarkan kewarganegaraan pada pasport), akan dikenakan caj SST apabila mereka menukar kepada 'ASEAN Explorer Pass'. Baca halaman FAQ di sini untuk maklumat lebih lanjut.

Asean Explorer Pass telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Sri Tiong King Sing, yang juga merupakan Pengerusi Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN, Pengerusi ASEAN-BAC Malaysi, T an Sri Nazir Razak, dan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dan Pengerusi Eksekutif MOVE Digital , Tan Sri Tony Fernandes.

Turut hadir pada majlis itu ialah ahli majlis dari ASEAN-BAC dan Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE.

Edaripada lebih 700 syarikat penerbangan, termasuk Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia AirAsia dan 900,000 hotel di seluruh dunia serta perkhidmatan pengangkutan, pengalaman menjamu selera, insurans dan banyak lagi.

Melengkapi AirAsia MOVE ialah BigPay, platform pembayaran digital Capital A Berhad, yang telah memperkemas transaksi kewangan untuk pengembara. 

Dengan ciri-ciri seperti pertukaran mata wang masa nyata dan perkhidmatan pengiriman wang kos rendah, BigPay telah memudahkan proses mengurus kewangan semasa dalam perjalanan, menghapuskan kerumitan membawa mata wang fizikal atau berurusan dengan yuran transaksi yang terlalu tinggi.

Muat turun aplikasi AirAsia MOVE melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery. - Getaran, 27 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

2

Jelajah 3 minggu yang lalu

Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

AirAsia Sambung Laluan Penerbangan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu

4

Selebriti 2 bulan yang lalu

Pelakon Popular Thailand, Tay Tawan Promosikan Thailand Bersama AirAsia

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Gaya 18 jam yang lalu

Rizman Ruzaini Reka Pakaian Seragam Kakitangan Hospital

oleh Rahayu MN