web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

Komsep ‘experiential tourism’ semakin menjadi pilihan pelancong, terutama dalam kalangan generasi muda yang mahukan pengalaman lebih bermakna dan interaktif berbanding sekadar melihat pemandangan atau singgah di sesuatu lokasi.

Jelajah Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2026 9:52AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kedah dan Perlis kini giat memperkukuh sektor pelancongan menerusi pendekatan pelancongan berasaskan pengalaman atau experiential tourism bagi mengubah persepsi kedua-dua negeri itu daripada sekadar destinasi persinggahan kepada lokasi yang menawarkan pengalaman unik.

Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara Abdul Hadi Che Man berkata konsep experiential tourism semakin menjadi pilihan pelancong, terutama dalam kalangan generasi muda yang mahukan pengalaman lebih bermakna dan interaktif berbanding sekadar melihat pemandangan atau singgah di sesuatu lokasi.

"Tempat yang dilawati bukan sekadar untuk sightseeing tetapi pelancong boleh melihat, merasa, mendengar, menghidu dan melakukan sendiri aktiviti tersebut.

"Contohnya, Pasar Bisik Kuala Muda dan aktiviti dropzone di Bukit Kodiang, Kedah, selain musim mangga Harumanis di Perlis yang menawarkan pengalaman tersendiri kepada pengunjung," katanya kepada Bernama selepas program Surreal Experience In The North Kedah & Perlis anjuran Tourism Malaysia Wilayah Utara, baru-baru ini.

Program empat hari bermula 13 Mei lepas itu menghimpunkan wakil media, pempengaruh dan agensi pelancongan yang diberi peluang menyelami pengalaman agropelancongan serta komuniti setempat menerusi jelajah ke beberapa destinasi, antaranya Pasar Bisik Kuala Muda, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Galeri Tsunami dan Bukit Kodiang di Kedah serta Kampung Warna-Warni di Kuala Perlis.

Selain itu, peserta turut diberi peluang menikmati keunikan makanan tempatan seperti Laksa Beras Teluk Kechai, Mak Bee Kuah Rojak, mangga harumanis, putu mayam kuah laksa serta hidangan makanan laut yang mencerminkan warisan gastronomi unik kedua-dua negeri.

Abdul Hadi berkata program itu diharap menjadi pemangkin kepada pembangunan pakej pelancongan baharu yang mampu memperluaskan promosi Kedah dan Perlis ke pasaran domestik serta antarabangsa.

"Kita tidak mahu Kedah dan Perlis hanya menjadi laluan pelancong Malaysia ke Thailand. Kita harap mereka berhenti dan merasai pengalaman di sini, malan jika boleh menginap satu atau dua malam," katanya.

Pengurus Perlis State Secretary Incorporation, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Mohd Irzat Rozaidy Mohamad Roseli berkata kempen Tahun Melawat Perlis yang kini memasuki tahun ketiga menunjukkan peningkatan ketara dari segi kehadiran pelancong.

Beliau berkata Perlis merekodkan kira-kira tiga juta kemasukan pelawat pada 2024 sebelum meningkat kepada lima juta tahun lepas, berdasarkan statistik pintu masuk sempadan melibatkan pelancong domestik dan antarabangsa.

"Untuk tahun ini kita tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi tetapi berharap jumlah itu terus meningkat, mungkin sekitar 5.2 juta hingga 5.3 juta pelawat. Kita lihat selepas kempen diperkenalkan, pemain industri mula sedar bahawa Perlis mempunyai potensi besar sebagai destinasi pelancongan," katanya.

Beliau berkata peningkatan kehadiran pelancong turut mendorong pembangunan produk baharu berasaskan ekopelancongan, selain menaik taraf kemudahan di beberapa lokasi tumpuan seperti Viewpoint Wang Kelian dan Bukit Chabang.

Mohd Irzat Rozaidy berkata susulan perkembangan positif itu, kerajaan negeri merancang menubuhkan Perlis Tourism tahun depan sebagai agensi khusus pelancongan negeri dengan penjenamaan baharu selepas kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2026 berakhir.

Beliau berkata agensi itu akan disertakan dengan identiti dan logo baharu serta dipacu menerusi pembangunan Pelan Strategik Pelancongan Perlis 2027-2030 bagi memperkukuh hala tuju industri pelancongan negeri berkenaan.

"Kita mahu lebih bersedia sebelum melaksanakan kempen besar pada masa depan. Bila tiba masanya nanti, Perlis sudah ada ekosistem dan persediaan untuk menerima lebih ramai pelancong," katanya.

Pada masa sama, Perlis akan menganjurkan Festival Rakyat 3.0 di Dataran Lok 9, Kuala Perlis dari 22 hingga 24 Mei ini dengan sasaran kehadiran 100,000 pengunjung sempena sambutan ulang tahun keputeraan ke-83 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Festival itu menampilkan pelbagai acara termasuk Malam Citrawarna Kuala Perlis 2026, pertandingan tarik tali antarabangsa, Muay Thai, gusti lengan serta permainan tradisional. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

4

Jelajah 1 bulan yang lalu

Immersify KL Bawa Tarikan Berasaskan Pengalaman Ke Ibu Negara 

Sorotan

1

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

2

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

4

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

5

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

6

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000