web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Immersify KL Bawa Tarikan Berasaskan Pengalaman Ke Ibu Negara 

Dalam usaha memperkukuh peranannya sebagai destinasi pelancongan bandar bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026, Immersify KL turut memperluas kerjasama merentasi sektor pelancongan, hospitaliti dan pengangkutan bagi meningkatkan aksesibiliti serta pengalaman pengunjung.

Jelajah Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2026 9:11AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengalaman hiburan dan seni digital berteraskan teknologi kini semakin menjadi pilihan penduduk bandar serta pelancong yang mencari aktiviti lebih interaktif dan berasaskan pengalaman.

Seiring dengan trend itu, Immersity KL yang terletak di Bukit Bintang, mengukuhkan kedudukannya sebagai ruang seni media digital dan juga platform pelbagai guna untuk acara hiburan, pelancaran jenama dan inisiatif kreatif berasaskan teknologi.

Berkeluasan 30,000 kaki persegi, lokasi imersif itu menampilkan gabungan teknologi tayangan digital dari Korea Selatan, instalasi visual berskala besar serta sistem bunyi spatial 360 darjah, sekali gus menawarkan pengalaman sensori yang lebih menyeluruh kepada pengunjung.

Pengarah Pertumbuhan Immersify KL Muhamad Hasif Nasrudin berkata konsep itu membolehkan pengunjung berasakan mereka benar-benar berada di dalam persekitaran visual yang dinamik tanpa memerlukan peranti realiti maya.

"Pengunjung bukan sekadar melihat visual, tetapi mengalami sendiri perasaan berada di dalam ruang itu. Inilah yang membezakan seni media imersif berbanding galeri konvensional," katanya pada pameran 'Spectrum of Possibilities' baru-baru ini.

Muhamad Hasif berkata daripada 14 zon yang tersedia, beberapa daripadanya turut menggabungkan elemen alam semula jadi dan hidupan liar sebagai usaha membawa identiti tempatan ke dalam pengalaman digital moden.

Dalam usaha memperkukuh peranannya sebagai destinasi pelancongan bandar bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026, Immersify KL turut memperluas kerjasama merentasi sektor pelancongan, hospitaliti dan pengangkutan bagi meningkatkan aksesibiliti serta pengalaman pengunjung.

Venue itu juga terus mendapat perhatian sebagai pilihan utama bagi pelancaran berskala besar, produksi hiburan dan inisiatif jenama imersif.

Terbaharu, Immersify KL mengumumkan kerjasama bagi meneroka pengalaman sinematik imersif, termasuk integrasi beberapa judul filem terpilih seperti Malam Terlarang, Keluang Man dan Polis Evo ke dalam ruang pengalaman digitalnya.

Menerusi gabungan seni digital, teknologi dan pengalaman interaktif, Immersify KL mencerminkan perubahan landskap hiburan dan pelancongan kreatif di Kuala Lumpur yang kian beralih ke penawaran berasaskan pengalaman. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 1 bulan yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

3

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

4

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

5

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

6

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 8 jam yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

oleh Rahayu MN