web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Festival selama lima hari itu bakal menghimpunkan persatuan orkid, penanam, pakar hibrid serta pengumpul dari seluruh Asia.

Jelajah Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2026 8:24PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Resorts World Awana bakal menjadi tumpuan pencinta bunga dan alam semula jadi apabila menganjurkan BUNGA 2026, festival orkid dan florikultur antarabangsa pertama yang akan berlangsung dari 3 hingga 7 Jun 2026 di Awana Village, Genting Highlands.

Menariknya, acara ini turut diangkat sebagai pameran bunga tertinggi di Malaysia dengan latar suasana tanah tinggi yang nyaman, sekali gus menawarkan pengalaman berbeza buat pengunjung tempatan dan antarabangsa. 

Festival selama lima hari itu bakal menghimpunkan persatuan orkid, penanam, pakar hibrid serta pengumpul dari seluruh Asia dalam satu sambutan yang meraikan seni, budaya dan keindahan flora.

Antara negara yang mengambil bahagian termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Taiwan, Indonesia dan Brunei menerusi pameran serta pertandingan orkid antarabangsa. 

Pengunjung berpeluang melihat spesies orkid eksklusif, koleksi hibrid istimewa dan landskap floral artistik yang diinspirasikan daripada dunia botani.

Festival ini turut menampilkan penyertaan beberapa nama besar dalam industri orkid Asia seperti Taipei Orchid Society dari Taiwan yang terkenal dengan orkid Phalaenopsis, selain Chulee Orchid dari Thailand yang diterajui pakar hibrid terkenal, Ms Chulee. 

Singapura pula diwakili The Orchid Society of South East Asia (OSSEA), antara persatuan orkid paling berprestij di rantau ini.

Bukan sekadar pameran bunga, BUNGA 2026 juga menawarkan pengalaman gaya hidup dan ekopelancongan yang lebih menyeluruh. 

Pengunjung boleh menikmati pengalaman imersif Bloom Beyond BUNGA di Eufloria Gardens & Sculpture Park, selain menyertai Wild Orchid Explorer iaitu aktiviti penerokaan hutan hujan untuk melihat orkid liar di habitat semula jadi.

Bagi mereka yang gemarkan pengalaman lebih eksklusif, Orchadia pula menawarkan konsep hospitaliti botani premium menerusi sajian berinspirasikan orkid, bengkel floral, minum petang botani dan Rare Orchid Auction sepanjang festival berlangsung.

Harga tiket masuk ditawarkan pada RM30, manakala pakej gabungan bersama Eufloria berharga RM60. 

Menariknya, setiap tiket turut didatangkan dengan kredit makanan RM10 yang boleh ditebus sepanjang acara berlangsung.

Bagi pengunjung yang ingin menikmati festival ini lebih lama, pakej ‘Bunga Bloomscape Staycation’ turut disediakan dengan kadar penginapan bermula serendah RM81 semalam di beberapa hotel terpilih sekitar Resorts World Genting.

Penganjuran BUNGA 2026 juga dilihat sebagai langkah awal menuju Asia Pacific Orchid Conference (APOC) 2028 yang bakal berlangsung di Resorts World Awana, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan botani dan hortikultur di rantau Asia. - Getaran, 16 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 1 bulan yang lalu

Immersify KL Bawa Tarikan Berasaskan Pengalaman Ke Ibu Negara 

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 1 hari yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

oleh Rahayu MN