web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2024 8:05AM

Mohd Azam Baki menyampaikan hadiah kepada Siti Zanariah Mohd Zain - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata ia selari dengan hala tuju perubahan atau 'game changer' seperti ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Isu-isu tatakelola ini meliputi pelbagai perkara, bukan sahaja integriti atau isu-isu penyelewengan serta rasuah malah kelemahan tatakelola dalam pentadbiran seperti yang telah ditekankan Perdana Menteri.

"Dalam hal ini, Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) SPRM terus menerajui enam fungsi utama dalam mengambil alih peranan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) sebelum ini," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Media SPRM 2023 di sini malam tadi.

Beliau berkata BPGN berperanan untuk menasihati kerajaan dan melaporkan perkembangan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) kepada Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Katanya pembangunan NACS melibatkan tindakan penyelarasan input dan maklum balas daripada pelbagai pemegang taruh bagi menggariskan hala tuju dan komitmen negara untuk tempoh lima tahun bermula tahun ini hingga 2028.

Beliau berkata BPGN berperanan untuk menasihati kerajaan dan melaporkan perkembangan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) kepada Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Katanya pembangunan NACS melibatkan tindakan penyelarasan input dan maklum balas daripada pelbagai pemegang taruh bagi menggariskan hala tuju dan komitmen negara untuk tempoh lima tahun bermula tahun ini hingga 2028.

Sementara itu Azam berkata SPRM turut bergantung kepada media bagi memastikan segala informasi dan mesej antirasuah sampai ke setiap lapisan masyarakat di negara ini termasuk di agensi kerajaan, swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pusat pendidikan.

Beliau berkata ketika ini, media arus perdana masih merupakan sumber utama dan perlu diyakini berbanding media sosial kerana kelompok media arus perdana terdiri daripada kumpulan pengamal media yang profesional, terlatih, berlesen dan berautoriti.

"Jadi penyampaian berita yang dihasilkan itu berpandukan kepada sumber yang sahih dan media arus perdana turut memainkan peranan yang signifikan dalam menangkis penularan berita-berita palsu yang disebarkan di media sosial," katanya.

Pada majlis itu wartawan Bernama TV Siti Zanariah Mohd Zin memenangi tempat kedua bagi kategori media elektronik menerusi laporannya "Garapan silang idea bantu mantapkan strategi antirasuah" dan membawa pulang RM6,000.

Salmiah Druhamad Drahsin dari Sinar Channel merangkul hadiah utama kategori media elektronik menerusi laporan "SPRM Ambush Raja Scammer' yang membawa pulang wang tunai RM8,000.

Wartawan Harian Metro Mohd Jamilul Anbia Md Denin muncul pemenang utama kategori media cetak menerusi laporannya "Pakej Beli Bayi" dan membawa pulang wang tunai RM8,000.

Majlis Anugerah Media SPRM 2023 turut dihadiri Timbalan Ketua Pesurujaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Norazlan Mohd Razali dan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nasriah Darus. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad