web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

Semasa Dikemaskini 13 minit yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2026 7:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mendedahkan trend membimbangkan melibatkan warga asing, khususnya etnik Rohingya, yang didakwa menyalahgunakan kenderaan persendirian bagi menjalankan aktiviti komersial tanpa kebenaran di seluruh negeri.

Aktiviti tersebut merangkumi penyediaan perkhidmatan pengangkutan komuniti, penghantaran pelajar ke sekolah serta pengangkutan bahan binaan berat untuk kerja-kerja kontraktor secara haram.

Pelanggaran undang-undang itu dikesan menerusi operasi khas penyamaran dikenali sebagai Operasi Warga Asing (Ops PEWA) yang dijalankan dari 1 hingga 13 Jun lalu.

Pengarah JPJ Terengganu, Zamri Samion berkata, operasi berkenaan dilaksanakan bagi membanteras rangkaian aktiviti tersembunyi yang menjejaskan keselamatan jalan raya serta melanggar peraturan pengangkutan negara.

Sinar Harian memetik beliau sebagai berkata, selain menawarkan perkhidmatan pengangkutan, terdapat individu dalam kumpulan tersebut yang turut mengangkut barangan komersial untuk menjalankan kerja-kerja kontraktor dan pembinaan.

Beliau menegaskan, tindakan itu bukan sahaja melanggar undang-undang jalan raya, malah turut meningkatkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya tempatan, khususnya berkaitan tahap kecekapan pemanduan.

JPJ mengesahkan sebanyak 114 buah kenderaan telah disita sepanjang tempoh penguatkuasaan, manakala 559 saman P22 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Data operasi menunjukkan majoriti pesalah terdiri daripada warga Myanmar daripada komuniti Rohingya.

Menurut Zamri, seramai 93 individu daripada keseluruhan 114 kes yang diambil tindakan merupakan warga Myanmar, mewakili peratusan yang tinggi.

Antara kesalahan utama yang dikesan ialah ketiadaan Lesen Memandu Kompeten (CDL), Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh atau tiada, serta tidak mempunyai perlindungan insurans.

Beliau turut menjelaskan, pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tidak dibenarkan secara sah untuk memiliki aset seperti kenderaan atau memegang pekerjaan formal di Malaysia.

Walaupun terdapat sekatan tersebut, wujud trend membimbangkan membabitkan segelintir rakyat tempatan yang menyewakan kenderaan kepada pelarian bagi meraih keuntungan mudah.

Siasatan mendapati terdapat individu tempatan yang memiliki sejumlah besar motosikal atau kenderaan semata-mata untuk disewakan kepada warga asing terbabit.

Lebih membimbangkan, terdapat pemilik tempatan dikesan membeli semula kenderaan yang disita melalui lelongan JPJ sebelum menyewakannya kembali kepada kumpulan sama.

Susulan penyalahgunaan sistem tersebut, JPJ kini sedang meneliti langkah perundangan yang lebih tegas termasuk membawa pemilik kenderaan tempatan yang bersubahat ke mahkamah mengikut peruntukan Seksyen 23(1) dan Seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan. - Getaran, 14 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 29 minit yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 8 minit yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad