web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2026 2:22PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah kerugian hampir RM100,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang menawarkan pulangan lumayan melalui tugasan mudah yang dikendalikan menerusi media sosial dan aplikasi pesanan segera.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa berusia 37 tahun itu dipercayai terjerat dengan sindiket berkenaan selepas melihat iklan tawaran kerja sambilan di Facebook 8 Mei lalu.

Menurutnya, mangsa telah menekan pautan yang disertakan dalam iklan tersebut sebelum berhubung dengan seorang individu tidak dikenali menerusi aplikasi WhatsApp.

“Mangsa kemudiannya ditawarkan pekerjaan sambilan dengan janji pendapatan tambahan yang lumayan sebelum bersetuju untuk menyertai program tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Azli berkata, mangsa kemudian diarahkan menyertai sebuah kumpulan Telegram dan diberikan beberapa tugasan termasuk menambah kenalan baharu sebagai rakan.

Bagi meyakinkan mangsa, sindiket terbabit telah membuat pembayaran awal sebagai komisen bagi tugasan yang berjaya diselesaikan.

"Mangsa diminta menyertai kumpulan di aplikasi Telegram untuk menambah rakan dan diberikan beberapa tugasan yang turut dibayar.

“Bagi tugasan pertama dan kedua, mangsa menerima pulangan sebanyak RM85,” katanya.

Percaya tawaran tersebut adalah sah, mangsa terus melaksanakan tugasan berikutnya sebelum diarahkan membuat beberapa pembayaran kononnya bagi melancarkan urusan kerja dan mendapatkan komisen yang lebih tinggi.

Antara 8 hingga 18 Mei, mangsa telah membuat tujuh transaksi berasingan ke tujuh akaun bank berbeza seperti diarahkan sindiket berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa hanya menerima bayaran RM85 bagi dua tugasan awal dan tidak memperoleh sebarang pulangan lain meskipun telah memindahkan sejumlah wang yang besar.

Menurut Azli, mangsa akhirnya menyedari dirinya ditipu selepas dihubungi oleh seorang individu lain yang menyebabkan beliau menyedari telah terperangkap dalam sindiket penipuan pekerjaan dalam talian.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM95,715.

“Sumber kewangan yang digunakan adalah daripada simpanan peribadi mangsa serta simpanan suaminya,” katanya.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada jam 6.02 petang, Khamis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Polis turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pekerjaan dalam talian yang menjanjikan keuntungan mudah dan pulangan tinggi dalam tempoh singkat.

Orang ramai disaran membuat semakan terlebih dahulu terhadap mana-mana tawaran pekerjaan, tidak memindahkan wang kepada individu yang tidak dikenali serta mengelakkan diri daripada terpedaya dengan iklan mencurigakan yang disebarkan menerusi media sosial dan aplikasi pesanan. - Getaran, 12 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Semasa 7 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

3

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

4

Semasa 1 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

Sorotan

1

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

2

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

3

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

4

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

5

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 52 minit yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran