web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

Burung bayan memainkan peranan penting dalam ekosistem menerusi penyebaran benih dan pemulihan hutan, selain dihargai kerana kebijaksanaan serta keindahan bulunya.

Gaya Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2026 12:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pos Malaysia Berhad melancarkan Koleksi Setem Khas Burung Bayan Malaysia bagi mengetengahkan keindahan spesies burung bayan tempatan serta menyokong usaha pemuliharaan hidupan liar negara.

Koleksi setem khas itu dihasilkan dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia sebagai cerminan komitmen bersama dalam memelihara warisan semula jadi dan keseimbangan ekologi untuk generasi akan datang.

Pos Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan burung bayan memainkan peranan penting dalam ekosistem menerusi penyebaran benih dan pemulihan hutan, selain dihargai kerana kebijaksanaan serta keindahan bulunya.

Menurut kenyataan itu, koleksi berkenaan menampilkan dua rekaan setem ilustrasi bersama helaian kecil (miniature sheet) dengan kemasan cetakan potong acuan (die-cut) yang menyerupai siluet semula jadi burung bayan.

"Tiga spesies yang diketengahkan ialah Bayan Nuri (Psittacula longicauda) yang berstatus Rentan (VU), Bayan Puling (Psittinus cyanurus) berstatus Hampir Terancam (NT) dan Bayan Serindit (Loriculus galgulus) berstatus Kurang Membimbangkan (LC) dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).

"Bayan Nuri dan Bayan Puling dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716], manakala Bayan Serindit turut dilindungi di bawah akta yang sama," menurut kenyataan itu.

Pos Malaysia memaklumkan set folder Burung Bayan Malaysia dijual pada harga RM66.30 dan merangkumi dua rekaan setem bernilai RM1 dan RM1.30, helaian kecil, Sampul Hari Pertama (First Day Cover) bersama setem, Sampul Hari Pertama kedua bersama helaian kecil serta folder eksklusif untuk pengumpul filateli.

Koleksi setem itu akan mula dijual pada 31 Mei ini bersempena dengan Hari Burung Bayan Sedunia di 90 Biro Filateli di seluruh negara termasuk 13 Pejabat Pos Besar, selain pejabat pos terpilih dan kedai dalam talian Pos Malaysia, selagi stok masih ada.

Pos Malaysia turut bekerjasama dengan beberapa taman burung terpilih untuk mengadakan jualan hari pertama koleksi berkenaan di Taman Burung Kuala Lumpur dan Taman Burung Pulau Pinang pada 31 Mei serta Taman Hidupan Liar Langkawi pada 3 Jun ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Gaya 8 jam yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 4 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Gaya 8 jam yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN