Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KARYAWAN Gesa Penggiat Filem Dibayar 'Residual' Dan Royalti 

Cadangan telah dikemukakan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) supaya memperkenalkan peraturan baharu kepada stesen agar menghentikan kaedah 'outright buyout'.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2021 9:46PM

Gambar: Free Malaysia Today

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selama bertahun-tahun, penggiat filem tempatan termasuk pelakon, pengarah dan penerbit telah berjuang untuk menuntut royalti menerusi karya filem yang mereka jayakan atau hasilkan. Namun, ia sering menemui kegagalan. 

Untuk itu, Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) telah mencadangkan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) supaya memperkenalkan peraturan baharu kepada  semua stesen supaya menghentikan  kaedah membuat 'outright buyout' dan menggantikannya dengan pembayaran 'residual' serta kutipan  royalti untuk hak cipta sesebuah karya atau rancangan bagi  tujuan  siaran.

Presiden KARYAWAN, Freddie Fernandez berkata, penggiat filem dan televisyen tempatan sebelum ini tidak pernah dibayar sebarang royalti atau bayaran residual untuk karya mereka yang ditayangkan di televisyen. 

“Mereka sentiasa dibayar secara 'one-off payment' sahaja dan tidak layak menerima apa-apa bayaran selepas itu walaupun karya mereka digunakan untuk berpuluh-puluh tahun selepas penerbitan asal. 

“Malah, ada pihak yang mengusahakan sesebuah terbitan tidak mendapat apa-apa bayaran langsung biarpun karya filem dan televisyen ditayangkan di negara luar,” katanya. 

Menurut Freddie lagi, contoh terbaik adalah karya dan filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang telah diterbitkan lebih 50 tahun dahulu.

‘Kebanyakan karya-karya ini telah melepasi had hak cipta dan telah menjadi karya dalam public domain selepas 50 tahun. 

“P. Ramlee dan  keluarganya bagaimanapun tidak mendapat apa-apa pembayaran selepas filem ini diterbitkan lebih 50 tahun dahulu.

“Beliau hanya dapat pembayaran asalnya atas peranannya dalam menghasilkan dan membintangi filem tersebut yang mana jumlahnya kecil sahaja. 

“Nasib yang sama juga dialami pelakon-pelakon seangkatan P. Ramlee  seperti Datuk Sarimah Ahmad yang membintangi beberapa filem arahan seniman agung tersebut.

 “Seniwati ini juga tidak mendapat apa-apa imbuhan atas tayangan berpuluh tahun di kaca televisyen selain pembayaran asal untuk berlakon dalam filem tersebut.

“Satu lagi contoh adalah rancangan yang ditayangkan lebih 30 tahun di kaca televisyen iaitu siri komedi 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu'. Tiada sebarang pembayaran dibuat kepada penerbit atau pelakon yang terlibat dalam penerbitan itu selepas tayangan asalnya,” katanya. 

Filem P. Ramlee masih rancak ditayangkan di kaca televisyen
Filem P. Ramlee masih rancak ditayangkan di kaca televisyen

Oleh itu, kata Freddie, sudah tiba masanya dasar ini diubah untuk memastikan karyawan yang terlibat dalam sesebuah produksi diberi sedikit imbuhan apabila karya itu ditayangkan bertahun-tahun, berbanding berbanding dengan karya yang hanya disiarkankan sekali dua di kaca televisyen.

“Selain pembayaran residual itu, kita juga perlukan usaha untuk mengutip royalti apabila sesebuah karya visual atau filem ditayangkan atau ditunjuk di tempat awam untuk tontonan ramai, seperti restoran, hotel dan lain-lain” kata Freddie.

“Perkara ini telah berjaya dilakukan industri muzik menerusi beberapa CMO (Collective Management Organizations) yang mewakili pemegang hak. Bagaimanapun, bagi isi kandungan visual ia tidak pernah dilakukan.

“Memang benar perluasan penggunaan filem di tempat awam tidak begitu banyak jika dibandingkan dengan muzik. Namun, sudah nyata ada juga penayangan filem dan rancangan televisyen di tempat awam di mana ia boleh dijadikan sumber untuk menjalankan kutipan secara kolektif bagi mewakili semua penggiat filem” katanya.

Jelas Freddie lagi, kaedah membuat outright buyout untuk hak cipta sesebuah karya atau rancangan untuk tujuan  siaran perlu dihentikan di semua stesen televisyen. 

“Sebaliknya apa yang dibayar stesen itu merupakan hak siaran sahaja di mana ia harus dipersetujui bahawa stesen akan menyiarkan bahan itu.  Sebagai contoh,  dua kali dalam dua tahun sahaja. 

“Selepas dua tahun pertama ini apa-apa siaran ulangan yang dilakukan akan diberikan bayaran berlebihan.

“Bayaran ini akan dibahagikan sama rata antara tiga kumpulan iaitu pihak pertama iaitu penerbit yang keluarkan modal dan memegang hakcipta, pihak kedua; penulis skrip dan pengarah yang menghasilkan jalan cerita dan lakon layar manakala pihak ketiga; pelakon utama dan sokongan yang mempunyai dialog dalam karya tersebut,” katanya. 

Sambung Freddie lagi, sebuah badan kutipan royalti akan ditubuhkan sebagai syarikat berhad di mana semua penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelakon akan diminta daftarkan diri mereka serta karya-karya mereka untuk tujuan bayaran royalti dan residual

“Mandat daripada semua penggiat filem diperlukan agar kerja-kerja kutipan dapat dilakukan dengan sempurna.

“FINAS boleh ditugaskan untuk menentukan supaya perjalanan badan ini dilakukan secara profesional dan mengikut etika serta syarat-syarat yang ditetapkan.

“Sebagai pengasas badan kutipan royalti bagi komposer dan penulis lirik iaitu MACP pada 1989, saya sendiri bersedia untuk membantu dalam proses penubuhan badan baharu ini yang akan mewakili penggiat filem yang karya mereka ditayangkan di tempat awam serta memantau penggunaan karya filem di televisyen untuk tujuan bayaran residual,” katanya. - Getaran, 26 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

2

Selebriti 8 bulan yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

3

Filem & TV 9 bulan yang lalu

Pengarah Telefilem Kesal Masih Belum Terima Imbuhan Dana RM200,000 Dimenangi Di ASA2022

4

Muzik 9 bulan yang lalu

KPDN Adakan Perbincangan Kaedah Pembahagian Royalti Artis

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Budaya 22 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 2 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 14 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran