web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2024 8:04PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya kontroversi yang melibatkan penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz bersama aktres Ruhainies, isterinya, Bella Astillah dan skandal terbarunya iaitu Sarah Yasmine semakin panas.

Semalam Sarah telah mendedahkan tangkap layar mesej-mesej perbualan antara Aliff dan Ruhainies sehingga menggegarkan industri hiburan tanah air.

Dalam mesej-mesej tersebut, beberapa nama popular turut didedahkan antaranya Emma Maembong, Chacha Maembong dan Caprice.

Disebabkan itu juga, Emma dan adiknya Chacha tampil membuat penjelasan dalam sebuah video yang dikongsikan di Instagram masing-masing bagi menjelaskan situasi yang sebenar.

Antara kandungan yang terdapat dalam perbualan Aliff dan Ruhainies adalah tentang Bella mendapat tawaran daripada jenama Kitsui sehingga membuatkan Ruhainies tidak puas hati dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Bella dan jenama berkenaan.

Aliff dilihat turut menggelar isterinya dengan kata-kata kesat dan makian. Malah wartawan juga disifatkan sebagai bodoh kerana menulis tajuk berita ‘Aliff masih sayangkan Bella’ sewaktu prosiding kes penceraian mereka yang berlangsung awal April lalu.

Namun, ada satu hal yang menarik perhatian netizen apabila Ruhainies memberi tahu Aliff bahawa ‘TPM’ menasihati mereka supaya ‘play smart’.

Netizen tertanya-tanya siapakah ‘TPM’ yang dimaksudkan oleh Ruhainies sehingga ada yang meneka bahawa individu yang dimaksudkan ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Tangkap layar perbualan melalui aplikasi WhatsApp antara Aliff dan Ruhainies yang dikongsikan Sarah Yasmine. - gambar media sosial
Tangkap layar perbualan melalui aplikasi WhatsApp antara Aliff dan Ruhainies yang dikongsikan Sarah Yasmine. - gambar media sosial

Ruhainies juga dilihat mendesak Aliff untuk meninggalkan Bella dan melarang Aliff untuk memulangkan kereta hadiah pemberian Bella.

Sementara itu, Caprice turut mendedahkan bahawa Aliff telah menunjukkan bukti kecurangan Bella kepadanya dan menasihati Aliff untuk menyerahkan segala bukti tersebut kepada pihak polis sebelum Aidilfitri yang lalu.

Pempengaruh media sosial itu juga memberitahu bahawa kesemua mereka sepatutnya bertemu hari ini bagi menyelesaikan segala kemelut yang berlaku, namun perkara itu tidak terjadi gara-gara Sarah Yasmine menukar rancangan.

Di aplikasi X, nama kesemua mereka yang terlibat dalam kontroversi ini menguasai carta ‘trending’. Malah singkatan ayat perbualan Aliff dan Ruhainies turut menjadi bahan netizen bercanda seperti L U, L U M, dan M U S M. – Getaran, 25 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM