web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2023 8:12PM

Jenazah pelakon, Badrul Muhayat akan dikebumikan di Sentul, Kuala Lumpur. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Pelakon Badrul Muhayat, 55, yang meninggal dunia ketika tidur di sebuah rumah inap desa di Taman Pauh Jaya di sini hari ini, sering bercakap soal kematian dengan beberapa rakannya sejak sebulan lalu, kata seorang sahabatnya.

Zazly Baginda yang juga seorang pelakon berkata, arwah sangat rapat dengannya dan sejak sebulan lalu sering bercerita seolah-olah sudah sampai masanya untuk kembali ke dunia abadi.

Beliau yang tidak mengesyaki apa-apa ketika itu hanya menganggap Badrul yang juga rakan niaga di karnival anjuran Uda Holding Berhad (Uda) di Jalan Baru, di sini, bergurau seperti biasa kerana arwah nampak lebih sihat sejak berkahwin dengan Norhayati Zulkaply, 50, April lalu.

Jenazah pelakon Badrul Muhayat dibawa ke Hospital Seberang jaya untuk dibedah siasat. gambar BERNAMA
Jenazah pelakon Badrul Muhayat dibawa ke Hospital Seberang jaya untuk dibedah siasat. gambar BERNAMA

"Arwah memang rapat dengan saya kerana kami selalu bersama menjalankan perniagaan di Karnival UDA di beberapa lokasi seluruh negara, malah kali ini di Pulau Pinang kami pilih untuk tinggal serumah di inap desa di Taman Pauh Jaya.

"Arwah selalu cakap bahawa dirinya macam nak mati dan dia juga banyak sangat cakap soal mati sejak kebelakangan ini. Arwah ni baik orangnya tanyalah sesiapa pun mesti cakap Badrul ni baik dan murah dengan senyuman," katanya kepada pemberita ketika ditemui di inap desa di Taman Pauh Jaya.

Terdahulu, jenazah Badrul atau nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Selain Badrul dan isteri serta Zazly bersama keluarganya, pelakon Aida Aris turut menginap di inap desa teres dua tingkat yang sama, kerana mereka terlibat dalam jualan di Karnival Uda di sini yang bermula semalam hingga esok.

Norhayati Zulkaply (dua, kanan) ditemani rakan-rakannya di sebuah rumah inap desa di Taman Pauh Jaya di sini, hari ini. gambar BERNAMA
Norhayati Zulkaply (dua, kanan) ditemani rakan-rakannya di sebuah rumah inap desa di Taman Pauh Jaya di sini, hari ini. gambar BERNAMA

Sementara itu, seorang lagi rakan artis, Nadia Kesuma berkata, beliau dan beberapa rakan artis yang terlibat dengan Karnival UDA amat terkejut, langsung tidak menyangka pemergian Badrul kerana dia kelihatan dalam keadaan sihat sahaja.

Katanya Allahyarham Badrul seorang yang 'energetic', suka bergurau, mudah mesra dengan sesiapa saja, dan beliau tahu arwah menghidap penyakit kencing manis, namun keadaannya semakin sihat berbanding satu ketika dahulu.

Beliau berkata, Norhayati memaklumkan selepas selesai bedah siasat di Hospital Seberang Jaya, jenazah Badrul akan dimandi dan dikafankan di Masjid Jalan Baru, di sini dan dibawa balik untuk dikebumikan di Sentul, Kuala Lumpur. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

oleh Rahayu MN