web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2024 1:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain disahkan meninggal dunia hari ini.

Allahyarham berusia 64 tahun.

Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Kluang terlebih dahulu dimasukkan ke hospital bermula tiga hari lalu selepas mengalami kesukaran bernafas.

Difahamkan, Allahyarham bergantung kepada alat bantuan pernafasan sejak dimasukkan ke hospital.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran di Facebook melahirkan rasa sedih atas pemergian Allahyarham.

Menyifatkan penergian beliau sebagai kehilangan besar buat kerajaan negeri, Onn Hafiz berkata, Allahyarham yang lebih mesra dengan panggilan Ummi seorang pemimpin yang senang didekati dan disayangi. 

“Jasa dan bakti beliau untuk Negeri Johor, khususnya DUN Mahkota tidak akan dilupakan.

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dan semoga Allah SWT menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Md Jais Sarday berkata, beliau telah mengenali Allahyarham yang juga anak bekas Speaker DUN Johor, Datuk Syed Zain Al Shahab itu selama 40 tahun.

“Kita kehilangan seorang ahli UMNO yang banyak berjasa.

“Kita mungkin ada perbezaan pendapat tetapi tetap merupakan satu keluarga dalam UMNO,” katanya seperti dilaporkan The Star.

Allahyarham Sharifah Azizah memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri Johor dua tahun lalu.

Sebelum itu beliau berkhidmat sebagi ADUN Penawar pada 2018 hingga 2022. - Getaran, 2 Ogos 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

2

Semasa 17 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad