web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raja Petra Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2024 10:20AM

Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di United Kingdom. – Gambar Facebook Malaysia Today

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penulis blog Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.

Perkara itu disahkan oleh adiknya, Raja Idris kepada portal berita FMT.

"Dengan rasa dukacita, saya memaklumkan bahawa abang kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin, baru sahaja meninggal dunia pada 11.26 malam waktu UK pada Isnin, 9 September, di Manchester, UK," katanya dalam teks ringkas kepada FMT.

Dilahirkan pada 27 September 1950, Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK mendapat pendidikan awal di Sekolah Alice Smith. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum melengkapkan pendidikan di Victoria Institution.

Allahyarham terkenal dengan ulasan dan artikel kontroversi mengenai politik Malaysia menerusi laman web kendaliannya, Malaysia Today.

Beliau merupakan individu penting yang menggerakkan 'Kempen Bebaskan Anwar' selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998 dan dipenjarakan pada 1999.

Allahyarham Raja Petra meninggalkan isteri, Marina Lee Abdullah, dan mempunyai lima anak serta dua cucu. – Getaran, 10 September, 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad