web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2024 8:22AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyanyi popular era 70-an, Jay Jay meninggal dunia pada usia 67 tahun di sebuah pusat perubatan swasta di Kota Damansara, Petaling Jaya pada 9.20 malam tadi. 

Khabar duka pemergian Jay Jaya atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus dimaklumkan rakan artis, Datuk Hattan ketika dihubungi Bernama.

"Ya, dia (Jay Jay) sudah meninggal dunia...saya dihubungi isteri arwah sebentar tadi (malam tadi)...arwah akan dibawa ke Masjid Al-Husna, Bandar Sunway pagi esok (hari ini) untuk solat jenazah," katanya ringkas kepada Bernama.

Turut berkongsi pemergian pelantun suara lagu Joget Angan Tak Sudah itu, pelakon veteran Datuk Fauziah Ahmad Daud di Facebooknya malam tadi.

"Innalilahi wainnailahi roji un. Dapat berita pulangnya biduan Jay Jay kepada Ya Khalid (Yang Maha Pencipta). Hilangnya seorang insan seni yang tiada pengganti.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah, diampunkan dosa-dosanya, diterima segala amal ibadahnya dan ditempatkan arwah bersama hamba-hambaNya yang beramal soleh. Takziah buat keluarga arwah," katanya.

Pada 23 Mei lepas, Jay Jay selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dua hari dimasukkan ke pusat perubatan itu akibat serangan jantung ringan dan sesak nafas.

Jay Jay yang popular dengan lagu Rindu Bayangan itu pernah memenangi beberapa anugerah seperti Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPH) 1988, Vokal Terbaik Lelaki Anugerah Industri Muzik1998 dan Juara Kategori Pop Rock pada Juara Lagu 1998 menerusi lagu Joget Angan Tak sudah.

Untuk rekod, Jay Jay mula menyanyi bersama kumpulan Carefree pada 1979 dan muncul solo sejak 1984. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang