web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2024 4:29PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) hari ini memohon maaf susulan isu kontroversi membabitkan warga Amerika Syarikat, Bruce D Gilley yang tampil sebagai penceramah dalam seminar ‘Reassessing Republican China’ anjuran Institut Kajian Cina.

Pada seminar terbabit, Gilley menzahirkan pandangan pro Zionis, sekali gus secara tidak langsung menentang dasar dan pendirian kerajaan Malaysia.

UM dalam kenyataannya berkata, pihaknya maklum saranan oleh Menteri Pendidikan Tinggi dan sudah mengambil tindakan serta merta bagi membatalkan kesemua program dan aktiviti yang dijadualkan dihadiri penceramah terbabit.

"UM berasa kesal dengan kenyataan kontroversi serta tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di laman media sosial.

"Laporan lengkap berhubung isu ini sedang disediakan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati terlibat dengan isu ini," kata kenyataan itu.

Selain itu, katanya, UM juga sedang menambah baik prosedur dan garis panduan yang lebih ketat, terutama membabitkansemakan latar belakang mana-mana individu atau pihak yang akan bekerjasama termasuklah kajian penilaian risiko profil media sosial.

Pada masa sama, UM turut mengecam kenyataan terbaharu individu terbabit yang menyentuh mengenai aspek keselamatan ketika mengembara ke Malaysia. 

"Ini merupakan kenyataan tidak bertanggungjawab dan melampau yang mencetuskan kemarahan seluruh rakyat Malaysia.

"Pihak UM akan terus mendokong pendirian Kerajaan yang menentang sebarang unsur berkait dengan Israel dan menyokong penuh usaha mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka yang sah," katanya.

Terdahulu, Gilley dalam ciapan di akaun X miliknya berkata: "Saya telah selamat meninggalkan Malaysia, selangkah di hadapan daripada gerombolan Islamo-fasis yang dikuasai oleh kerajaan di sana. Ini bukan negara yang selamat untuk dilawati sekarang".

Dalam hantaran berasing di akaun yang sama, beliau berkata: "Saya tidak akan menerima pembayaran balik kos perjalanan dan penginapan daripada Universiti Malaya akibat kelakuan memalukan dan kerajaan Malaysia".

Semalam, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengingatkan setiap agensi dan institusi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi supaya peka, berhati-hati dan menyemak latar belakang mana-mana individu dengan teliti sebelum menjemput mereka ke majlis serta program yang dianjurkan.

Zambry berkata, setiap keputusan perlu mengambil kira sensitiviti dan selari dengan polisi serta pendirian kerajaan. - Getaran, 25 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

UM Perlu Lebih Proaktif Atasi Isu Gangguan Seksual - Pelajar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lepasan UM Didenda RM5,000 Akibat Protes Pada Majlis Konvokesyen

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Prof Choong Yeow Choy Angkat Sumpah Jawatan Pesuruhjaya Kehakiman

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad