Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


UM Perlu Lebih Proaktif Atasi Isu Gangguan Seksual - Pelajar

Pendidikan Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2024 9:20AM

Memorandum yang diserahkan oleh Kelab Feminisme UM kepada pengurusan universiti. gambar The Malaysian Insight

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah pertubuhan pelajar berharap pihak pengurusan Universiti Malaya (UM) lebih proaktif dan bertindak tegas bagi memastikan kampus sebagai tempat yang selamat untuk pelajar, susulan tinjauan terbaru mereka yang menunjukkan hampir satu daripada lima pelajar menghadapi gangguan seksual.

Pengasas dan Presiden Kelab Feminisme UM, Chin Jes Weng berkata, tinjauan dijalankan oleh kelabnya pada Januari lalu menunjukkan trend yang sangat membimbangkan.

“Hasilnya agak membimbangkan. Tinjauan kami menunjukkan 1 daripada 5 pelajar menghadapi gangguan seksual. Namun, ramai daripada mereka tidak mengambil tindakan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan jika mereka mengalami gangguan seksual.

“Selain itu, 83 peratus pelajar tidak mengetahui Kod Anti Gangguan Seksual di UM,” katanya kepada The Malaysian Insight dalam satu temu bual.

Katanya, apabila kelab itu menyerahkan dapatan dan memorandum kepada UM pada 29 Mac, wakil daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar memberi jaminan bahawa perkara itu akan dirujuk kepada Unit Integriti (IU) yang bertanggungjawab terhadap gangguan seksual dalam kampus.

“Beliau berkata akan berjumpa kami semula selepas mendapat laporan daripada IU.

“Saya amat berharap kami akan mendapat maklum balas positif daripada mereka dan wakil itu memberi harapan yang kali ini ia akan berbeza. 

"Perlu juga ditegaskan bahawa semua memorandum pernah dihantar oleh badan pelajar dalam beberapa tahun kebelakangan ini tidak mendapat sebarang keputusan, tetapi saya tetap berharap,” katanya.

Kaji selidik yang dijalankan secara dalam talian dari 4 Januari hingga 17 Januari lalu mendapati antara lainnya, 22.5 peratus pelajar UM pernah mengalami gangguan seksual.

Hanya 11.5 peratus mangsa mengambil tindakan, manakala hanya 17 peratus menyedari mengenai kewujudan Kod Antigangguan Seksual.

Sementara, 76 peratus tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas terhadap gangguan seksual, kira-kira separuh daripada pelajar pernah mendengar kes gangguan seksual, termasuk 13 peratus yang mengetahui lebih daripada lima kes.

Antara jenis gangguan seksual yang dihadapi termasuk lisan, bukan lisan, fizikal dan visual.

Sekitar 200 pelajar mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut walaupun keseluruhan populasi pelajar UM adalah kira-kira 30,000. Menurut kelab itu, margin kesilapan tinjauan adalah kira-kira enam peratus.

Perlu Perubahan Positif

Chin, yang juga pelajar tahun ketiga dalam jurusan pengajian Cina dan minor dalam pengajian jantina berkata, tinjauan itu adalah yang pertama dijalankan di UM.

“Kami berpendapat kaji selidik ini penting, terutamanya dalam kes gangguan seksual kerana sentiasa ada khabar angin kes baharu tetapi datanya adalah sulit.

“Kami percaya melalui tinjauan ini, sekurang-kurangnya dapat melihat lebih jelas mengenai situasi gangguan seksual di UM. Hasilnya agak membimbangkan.

“Tetapi dengan kaji selidik ini semata-mata, kami tidak dapat menilai sama ada kes gangguan seksual semakin meningkat, kerana tiada kajian mengenainya sebelum ini.

“Kami merancang untuk mengadakan satu lagi tinjauan yang lebih terperinci pada masa akan datang, jika boleh dengan penyertaan pihak pengurusan UM, bagi memantau keadaan. 

"Apa yang jelas adalah kesedaran pelajar yang rendah terhadap isu gangguan seksual,” katanya.

Beliau berkata, aduan paling banyak diterima daripada mangsa adalah proses siasatan terlalu lama, malah ada yang menunggu sehingga enam bulan tanpa sebarang hasil dan apabila keputusan diterima, ia dianggap tidak adil kepada mangsa.

“Inilah sebabnya kami mencadangkan supaya proses itu dipendekkan dan menyediakan rangka kerja untuk hukuman mengikut keterukan dan bilangan kesalahan,” tambah Chin.

Dalam memorandum mereka, Kelab Feminisme UM mencadangkan supaya UM menubuhkan Jawatankuasa Anti-Salah Laku Seksual (ASMC) di bawah Kesatuan Pelajar Universiti Malaya (UMSU) dan meminda garis panduan antigangguan seksual sedia ada.

Di bawah cadangan pindaan itu, kelab itu mahu UM membuat perubahan positif terhadap tindakan tatatertib ke atas kes gangguan seksual dengan memasukkan garis panduan lebih jelas dan diwakili lebih baik dengan melibatkan pakar serta wakil pelajar, bagi memastikan mangsa diberikan keadilan sewajarnya.

Ia juga mahu hukuman disemak, terutamanya dalam kes pesalah berulang.

Kelab itu berkata, pindaan juga perlu memasukkan garis besar yang lebih jelas mengenai apa yang pihak UM sudah lakukan dalam memastikan pelajar dan kakitangan tidak terdedah kepada eksploitasi seksual dan/atau gangguan, serta pada masa sama memastikan kerahsiaan dijaga.

Perjalanan Masih Jauh 

Kelab Feminisme UM juga mahu pihak universiti menggalakkan kesedaran gender dalam kalangan pelajar dan fakulti.

“Dalam memorandum itu, kami membangkitkan tiga tuntutan. Pembentukan ASMC dan cadangan pindaan kepada kod itu adalah agar UM menjadi proaktif daripada cuba menjadi pencegah.

“Kami juga meminta UM memperkenalkan kembali slot semasa minggu orientasi untuk mendidik pelajar mengenai cara menangani isu gangguan seksual.

“Kami juga percaya perlu ada program untuk semua pelajar dan kakitangan UM yang mendidik mereka mengenai isu ini.

“Melawan gangguan seksual adalah perjalanan yang panjang dan pendidikan adalah perkara utama,” kata Chin.

Chin juga menggesa pelajar di UM supaya sentiasa peka mengenai isu jantina dan menyokong satu sama lain.

“Perkara terbaik yang boleh kita lakukan adalah mengambil berat mengenai isu ini dan menyebarkan kesedaran berhubung perkara yang boleh dilakukan untuk mendidik rakan kita dan menyedarkan mereka," katanya.

Chin berkata, beliau memulakan Kelab Feminisme UM tahun lalu dan ia masih dalam proses pendaftaran.

Katanya, 'kecekapan tipikal UM' menyebabkan beliau  memulakan kelab itu kerana berdasarkan pengalamannya, hak wanita bukanlah fokus utama dalam kebanyakan kumpulan pelajar di UM.

“Selain itu, saya tidak melihat sebarang pertubuhan feminis belia yang aktif di mana-mana universiti. Bagi mengisi jurang ini, saya mengasaskan kelab ini,” katanya. - The Malaysian Insight, 13 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

2

Semasa 4 hari yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Siasat Pemimpin Kanan Disyaki Lantik Syarikat Berkepentingan

Semasa 10 jam yang lalu

Presiden Palestin Rakam Terima Kasih Kepada Kepimpinan, Rakyat Malaysia

Semasa 18 jam yang lalu

Chegu Bard Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Yayasan Sarawak Biaya Pelajaran Anak Mendiang Joanna Hingga Universiti - Abang Jo