web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2024 5:18PM

Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL – Siasatan kes seorang lelaki yang ditahan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap wartawan wanita ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berada di peringkat akhir.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan kes itu sebelum ia dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.

“Sehingga hari ini kami telah rekodkan keterangan tiga individu untuk bantu siasatan polis. Lelaki berusia 30-an yang ditahan itu tamat reman hari ini dan kami sedang tunggu tindakan seterusnya sama ada dia akan disambung reman atau sebaliknya.

“Hari ini juga dijalankan kawad cam terhadap suspek oleh mangsa serta saksi-saksi. Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu gangguan seksual dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya pada sidang media sempena PRK DUN Sungai Bakap di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di sini hari ini.

Hamzah berkata polis turut merampas beberapa barangan peribadi lelaki itu termasuk pakaiannya semasa kejadian untuk siasatan lanjut.

Beliau sekali lagi memberi jaminan siasatan kes itu akan dijalankan secara terperinci dan telus serta polis juga sedang menjalankan siasatan peranan atau pekerjaan suspek ketika berada di lokasi kejadian.

Difahamkan dakwaan gangguan seksual berkenaan berlaku di Dewan Khairat Sungai Kecil pada Rabu malam (3 Julai), ketika wartawan wanita itu sedang membuat liputan program membabitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Presiden Umno.

Insiden gangguan seksual itu didakwa telah dilihat beberapa pengamal media lain sebelum lelaki yang mengaku dia adalah petugas sebuah parti politik itu ditahan. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar