web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2024 5:26PM

Anak sulung Laskar Kelas I JJM, Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie, didukung bapanya, Bintara Muda TMK Haslie Ali. - gambar The Vibes

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERIAN – Tangisan seorang kanak-kanak perempuan yang mahukan ibunya, mengundang air mata pada pengebumian mendiang Laskar Kelas I JJM, Joanna Felicia Rohna, yang terkorban dalam nahas pertembungan dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada Selasa lalu.

"Mami irak gepih (mama pergi mana)," katanya si kecil berusia empat tahun, Allesia Felice Haslie, dalam bahasa Bidayuh, ketika anggota TLDM mengusung keranda mendiang Joanna dari kediamannya di Kampung Engkaroh, Tebakang, kira-kira 120km dari Kuching, untuk dibawa ke tanah perkuburan Kristian di kampung itu.

Bapanya, Bintara Muda TMK Haslie Ali, 33, yang mendukung kanak-kanak itu, hampir terlepas anaknya ketika Allesia cuba menyentuh keranda berkenaan.

Joanna yang berasal dari Kampung Sumpas Tampek, antara 10 pegawai dan anggota TLDM yang terkorban selepas dua helikopter pasukan berkenaan, bertembung di udara di Pangkalan TLDM Lumut sewaktu dalam sesi Latihan raptai sempena Hari Ulang Tahun TLDM ke-90, Sabtu ini.

Seramai tujuh pegawai dan anggota, termasuk Joanna menaiki pesawat AW 139 manakala tiga lagi dalam helikopter jenis Airbus Fennec, sewaktu kejadian.

Mendiang Joanna dikebumikan sebelum tengah hari tadi.

Tangisan Allesia untuk ibunya kedengaran sepanjang upacara pengebumian berkenaan, turut meruntun hati Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Seorang lagi anak Joanna, Hovannes Haslie yang berusia setahun, kelihatan tidur sepanjang upacara berkenaan.

Turut hadir pada upacara itu, Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Fauzi Kamis; Pemangku Ketua Staf Am Markas Pemerintahan Medan Timur (MK PMTTD) Brigedier Jeneral Mohd Rafi Muhammad yang mewakili Panglima Medan Timur Tentera Darat dan Ketua Pengarah Pasukan Projek Littoral Combat Ship TLDM Lumut, Laksamana Pertama Ir. Ts. Franklin Jeyasekhar Joseph, mewakili TLDM.

Jasad mendiang Joanna tiba di Pangkalan Udara Kuching pada jam 11.54 malam tadi. Ia diterbangkan dari Ipoh menggunakan pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). – The Vibes, 25 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 41 minit yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad