web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengarah Telefilem Kesal Masih Belum Terima Imbuhan Dana RM200,000 Dimenangi Di ASA2022

Menurut Zainorhisyam Samudin yang turut menenangi anugerah Pengarah Terbaik, sehingga kini dia belum menerima sebarang imbuhan dana berkenaan daripada pihak Primeworks Studio

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2023 8:52AM

Zainorhisyam kesal apabila masih belum menerima dana dimenanginya - gambar NSTP dan Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah telefilem 'Pencipta Pegang Waktu', Zainorhisyam Samudin yang telah memenangi anugerah utama bagi kategori Drama TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022) mengakui dia tidak menerima imbuhan wang kemenangan yang merupakan Dana Kandungan Digital bernilai RM200,000.

Zainorhisyam yang turut memenangi anugerah Pengarah Terbaik ASA2022 berkata, sehingga kini, pihak produksi telefilem berkenaan iaitu Primeworks Studio tidak pernah berbincang dengannya mengenai imbuhan dana tersebut

Barisan pemenang ASA 2022 - gambar NSTP dan Facebook
Barisan pemenang ASA 2022 - gambar NSTP dan Facebook

“Sehingga kini saya dan juga pasukan produksi saya belum mendapat apa-apa imbuhan dana itu. Saya ada meghubungi pihak Primeworks Studios untuk bertanyakan tentang hal ini. Kata mereka dana itu telah pun diberikan kepada mereka, tetapi saya telah diberikan syarat-syarat tertentu yang bagi saya tidak logik.

“Antaranya dana yang diberikan itu akan digunakan untuk menghasilkan karya buat RTM. Tetapi mesti diusulkan terlebih dahulu. Saya rasa perkara ini tidak ada di dalam klausa selepas kami menang di ASA2022.

“Tambahan pula umum telah tahu apa yang dimenangi oleh pemenang yang telah diumumkan secara langsung ketika majlis anugerah dan juga ditulis di media. Jadi saya rasa perlu ada ketelusan antara pihak penganjur dan pemenang,” katanya kepada Getaran.

Kata Zainorhisyam lagi, dia juga telah menghantar emel kepada Unit Dana Kandungan Digital bagi mengetahui status dana yang seharusnya diberikan kepada pasukan produksinya kerana ingin menghasilkan karya yang lebih bermutu dengan dana tersebut.

“Sebelum ini saya berhubung dengan Nor Shahila Harun Shah yang merupakan Pengurus Besar Kanan Penerbitan Rangkaian Televisyen Media Prima. Tetapi kini dia tidak lagi bertugas di bahagian tersebut dan posisinya telah diganti dengan orang lain. Tetapi pihak mereka tiada inisiatif untuk menghubungi saya bagi menyelesaikan isu ini,” kongsinya.

Poster telefilem Pencipta Pegang Waktu - gambar NSTP dan Facebook
Poster telefilem Pencipta Pegang Waktu - gambar NSTP dan Facebook



Menurut Zainorhisyam lagi, telefilem ‘Pencipta Pegang Waktu’ merupakan karya pertamanya bersama TV3 dan itulah satu-satunya karya miliknya yang pernah ditayangkan di saluran televisyen terkemuka itu.

“Adakah disebabkan saya hanya pernah buat sekali sahaja telefilem bersama mereka (jadi itu) merupakan satu kesalahan? Saya pun tak tahu apa salah saya sehingga diperlakukan sebegini.

“Sepatutnya dana yang dimenangi itu diberikan kepada produksi sama yang telah menang untuk hasilkan karya yang seterusnya. Berikan kepada yang berhak.

“Sebelum ini saya cuba untuk berdiam. Kemudian saya cuba untuk berkomunikasi dengan cara yang elok dengan pihak mereka. Apa lagi yang perlu saya buat? Takkan saya nak bawa sepanduk depan pejabat mereka,” ujarnya.

Status Zainorhisyam di Facebook - gambar NSTP dan Facebook
Status Zainorhisyam di Facebook - gambar NSTP dan Facebook

Disebabkan tidak mendapat dana kemenangan tersebut, Zainorhisyam telah memohon Dana Filem Cereka daripada FINAS untuk menerbitkan karya terbarunya. Namun selepas pertemuan bersama pihak FINAS untuk sesi ‘pitching’, karyanya telah ditolak tanpa diberikan sebab  kenapa ia ditolak.

“Saya tak tahu apa lagi yang harus saya buktikan kepada mereka. Nampaknya kemenangan di majlis anugerah besar juga tidak boleh dijadikan merit untuk seseorang mendapat dana daripada pihak FINAS.

“Sepatutnya setiap mereka yang ditolak permohanannya diberikan sebab bertulis kenapa karya mereka ditolak agar dapat membuat penambahbaikan di masa hadapan.

“FINAS juga mahukan pengkarya yang punya syarikat produksi yang berusia lebih dari 10 tahun. Mungkin sebelum ini ada syarikat-syarikat yang mengambil kesempatan. Pada saya pihak FINAS perlu selidik dengan betul latar belakang setiap pemohon dana adakah mereka orang-orang filem yang sebenar atau orang yang ingin ambil kesempatan,” luahnya.

Telefilem ‘Pencipta Pegang Waktu’ yang ditayangkan pada tahun 2020 telah mendapat perhatian penonton yang memuji kehebatan karya ini disamping dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Que Haidar, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Khir Rahman, Jalil Hamid,  Puteri Balqish dan ramai lagi.  – Getaran, 20 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘KPKT, Tolong Kaji Semula Garis Panduan Permohonan Dana RIBI’ - MIC

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

10 Telefilem Meriahkan Syawal Anda

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Nabila Huda Tetap Promosikan Pelangi Yang Hilang, Walaupun Kena ‘Scam’

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa