Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


10 Telefilem Meriahkan Syawal Anda

Dari pagi membawa ke malam, ada pelbagai genre telefilem yang boleh menghimpunkan anda sekeluarga untuk sama-sama meluangkan masa

Filem & TV Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2024 8:28AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagaikan menjadi tradisi turun-temurun, setiap kali Syawal menjelma, pasti stesen televisyen berlumba-lumba menampilkan telefilem-telefilem raya bagi memeriahkan suasana serta membawa mesej yang mendalam. 

Selalunya, telefilem yang mengundang menumpahkan air mata akan menjadi sebutan ramai seperti Beras Kunyit di Pagi Syawal, Takbir Terakhir, Takdir Sedang Berbisik, Mengejar Sinar, Fitrah di Ufuk Ramadan dan Pondok Buruk.

Tahun ini Astro tampil dengan lebih himpunan telefilem yang dijangka mampu menjentik hati. Suka dan duka. Berikut adalah 10 senarai telefilem yang boleh anda tonton seisi keluarga. 

1.  Hijab Pendosa - 1 Syawal, 11 Malam  (Astro Ria)

Telefilem arahan Fairuz Loy ini mengisahkan tentang Safiya yang berdendam dengan ayahnya, Hijab yang telah mengabaikan dia dan arwah emaknya. Safiya berjaya mencorakkan masa depannya  dan membesar sebagai seorang wanita yang berjiwa kental.

Namun, ketika dia cuba melupakan kisah pahit, dia Safiya bertemu semula dengan ayahnya yang hidup sebagai seorang pengemis. Safiya terpaksa berdepan semula dengan trauma masa silamnya.

Telefilem ini dibintangi oleh Jaja Ileyas, Bell Ngasri dan ramai lagi. 

2. Pinggan Retak Di Tapak Tangan -  2 Syawal, 11 Malam (Astro Ria)

Dibintangi oleh Dato Jalaludin Hassan, Azri Safix, Datuk Fauziah Nawi, kisah yang dipaparkan dalam telefilem ini pasti menjentik hati seisi keluarga. 

Mak Yah adalah seorang wanita tua yang menghidap penyakit Alzheimer. Suaminya, Pak Brahim telah menjaganya dengan sepenuh hati memandangkan mereka tidak mempunyai anak. 

Mereka telah menganggap Arman, seorang pendatang yang tinggal berhampiran mereka sebagai anak sendiri. Walaupun Pak Brahim menghidap kanser tahap empat, dia tetap menjaga Mak Yah. 

Apabila Arman meninggal dunia akibat kemalangan, keadaan Mak Yah menjadi semakin  teruk. Dia mula mencederakan suaminya. Pak Brahim terpaksa melepaskan Mak Yah ke pihak hospital. 

3. Kurung Kerawang Untuk Adik - 3 Syawal, 11 Malam (Astro Ria)

Melihat kepada tajuk cerita dan barisan pelakon yang ditampilkan iaitu Syafie Naswip, Noor Khiriah, penonton sudah boleh menjangkakan permainan emosi yang akan dipertaruhkan untuk telefilem arahan Amy Nawari ini.

Ia mengisahkan tentang Shazwi bersama tiga orang adiknya yang dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. Adiknya Yana merupakan anak kurang upaya juga penghidap penyakit jantung kronik. 

Ketika meminta bantuan keluarga untuk membantu Yana, Shazwi tanpa sengaja telah mencederakan makciknya, Saerha dan menyebabkan dia dihukum penjara 2 tahun.

Apabila keluar dari penjara, impiannya adalah untuk membeli baju kurung kerawang yang dijanjikan buat adiknya, Yana. 

Namun untuk mendapatkan pekerjaan dan keyakinan dari masyrakat adalah satu cabaran besar memandangkan dia adalah bekas banduan.

4. My Famoues Ex Boyfriend Raya - 1 Syawal, 10 Pagi (Astro Ria)

Telefilem ini mengisahkan perjalanan hidup baharu Jamie, Sameera & Affan sebagai sebuah keluarga bahagia. Namun, dalam keseronokan menyambut Ramadan sebagai isteri Jamie, Sameera terkenangkan masa silamnya bersama Haque Zuhal.

Sameera mula tertanya-tanya apakah yang telah berlaku kepada Haque Zuhal? Jadi dia memulakan misi untuk mencari Haque kerana dia percaya Haque layak untuk mendapat peluang kedua. 

Namun, Haque telah memilih untuk menjalani kehidupan baru sebagai Is. Identiti rahsianya tidak lama kemudian ditemui oleh gadis berbakat Bella, yang juga percaya bahawa Haque berhak mendapat peluang kedua dalam hidup dan kembali menjadi bintang terkenal. 

Telefilem ini dibintangi oleh pelakon-pelakon muda berbakat iaitu Nadhir Nasar, Qasrina Karim, Hael Husaini, Ara Johari

5. Overnight Wali - 4 Syawal, 10 Pagi (Astro Ria)

Telefilem komedi yang diarahkan oleh Key Faris ini pasti mencuit hati anda sekeluarga. Saksikan Merqeen, Aaron Aziz, Arabella, Siti Elizad dan ramai lagi pada Syawal ke empat ini. 

Lari daripada plot cerita yang biasa, telefilem ini membawa penonton merentasi masa apabila Husaini, seorang bapa berusia 28 tahun dan mempunyai anak berusia 5 tahun iaitu Amanda yang gemar membandingkan cara dia menjaga anak dengan orang lain. 

Suatu pagi, perkara pelik berlaku apabila dia bangun pagi dan mendapati Amanda telah berusia 25 tahun. Lebih mengejutkan, Amanda akan berkahwin pada masa dua hari lagi. 

Selepas mempelajari latar belakang Joey yang serba kekurangan, Husaini membuat rancangan untuk meyakinkan Amanda untuk memilih Adam, seorang lelaki yang pernah dia hina sewaktu kecil dahulu. 

Usaha Husaini untuk menghentikan perkahwinan itu menyebabkan kekacauan dan ketegangan. Husaini akhirnya sedar dengan kesilapannya, dan dia meminta maaf. Adakah keadaan menjadi bertambah baik atau sebaliknya?

6. Terpaling Drama -  5 Syawal, 10 Pagi (Astro Ria)

Satu lagi telefilem yang mampu membuatkan anda tidak kering gusi. Diarahkan oleh Liyana Jasmay, ia membawa Sazy Falak, Nurel Baharin, dan Razin Qidran berkongsi skrin yang sama.

Terpaling Drama mengisahkan tentang Zee, seorang gadis moden yang baru pulang dari United Kingdom untuk menyambut Hari Raya. Satu insiden telah menyebabkan dia berselisih faham dengan ibunya, Hasnah yang sangat obsess dengan drama Melayu. 

Selepas bergaduh besar, Zee terjaga dalam dunia drama yang selama ini tidak disukainya. Ketika berada dalam alam drama, Zee diingatkan tentang budaya yang ditinggalkannya dan dirinya yang sebenar. 

Pada mulanya, Zee menyangka cinta adalah jalan untuk dia keluar dari alam fantasi drama, tapi sebenarnya tidak. 

7. Awak Terlalu Ganu Untuk Saya - 1 Syawal, 4.00 Petang (Astro Warna)

Kisah seorang lelaki Terengganu, Wan Hulaimi yang berusaha sebaik mungkin untuk menyembunyikan identiti Terengganunya daripada seorang gadis bandar yang disukainya, Melissa. 

Dia mendapat sokongan daripada seorang rakan karib yang secara rahsia mencintainya, iaitu Timoh. Konflik Wan Hulaimi bermula apabila Zack curiga terhadap perbuatannya dan kedatangan Wan Hurairah ke bandar. 

Kejujuran yang muncul dalam hatinya membuatnya mengaku kebenaran kepada Melissa. Melissa menerimanya kerana dia juga sudah jatuh hati. Bagaimanapun, Wan Hulaimi percaya bahawa gadis yang  betul untuknya adalah Timoh. Ini kerana dia selalu menerima dia seadanya.

8. Dendam Hantu Viral -  2 Syawal , 4.00 Petang (Astro Warna)

Biarpun tajuknya tentang hantu, tetapi ia bukan kisah seram. Sebaliknya telefilem ini menjemput untuk anda seisi keluarga ketawa bersama-sama. 

Saksikan gelagat pelakon-pelakon seperti Puteri Sarah Liyana, Haris Anuar, dan Sanjna Suri sebagai orang Kampung Lompat Katak.

Penduduk kampung ini telah diganggu oleh seekor hantu yang viral. Gangguan hantu itu telah menyebabkan agenda perancangan Tok Hashim untuk mengadakan majlis kesyukuran ulang tahun perkahwinannya tergendala.

Kedatangan Leha Letop dan Cikgu Wahab ke Kampung Lompat Katak pula menambahkan lagi kekecohan buat Tok Hashim dan penduduk Kampung Lompat Katak.

9. Zero To Miliionaire - 3 Syawal, 4.00 Petang (Astro Warna)

Ahmad, Hamid dan Mahmud (Mad, Mid, Mud) merupakan tiga beradik yang bekerja sebagai pencuci kereta. Satu ketika seorang pelanggan menuduh mereka mencalarkan keretanya. 

Mad menafikan lalu bertindak agresif pada pelanggan. Akibatnya Mad, Mid dan Mud ditahan dan didakwa. 

Tiba tiba mereka dijamin oleh seorang usahawan bernama Tuan Abu. Bagi mengelak dari terus didakwa, Tuan Abu mensyaratkan Mad, Mid dan Mud bekerja di rumah kebajikan orang tua miliknya.

Telefilem ini diarahkan oleh Eoon Suhaimi dan dibintangi oleh Zero Trio, Shashic, Julia Farhana, dan ramai lagi.

10. Hantu Raya Telekung - 5 Syawal, 4.00 Petang (Astro Warna)

Ropie berjaya menangkap hantu yang mengganggu kampung menyebabkan dia akan diangkat menjadi ketua kampung mengalahkan pesaingnya Tok Jidin. 

Namun, muncul lagi lembaga yang menyerupai Ropie, menghuru-harakan kampung dan keluarga Ropie. Adakah Ropie bela hantu raya? Siapakah lembaga menyerupai Ropie sedangkan dia tidak pernah ada kembar?

Untuk mengetahui kesudahannya, jangan lupa saksikan telefilem arahan, Dato Jurey Latiff ini, yang menampilkan Kamarool Hj Yusoof dan Roopie Cecupak sebagai teraju utama.  - Getaran, 10 April 2024

Foto : Astro

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 minggu yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

2

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Nabila Huda Tetap Promosikan Pelangi Yang Hilang, Walaupun Kena ‘Scam’

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Sedondon Sekeluarga Pilihan Rakyat Malaysia Ketika Sambutan Aidilfitri

4

Filem & TV 9 bulan yang lalu

Pengarah Telefilem Kesal Masih Belum Terima Imbuhan Dana RM200,000 Dimenangi Di ASA2022

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 10 jam yang lalu

4 Juta Dijangka Tonton Episod Akhir Lelaki Itu Malam Ini

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

Tanpa mendedahkan wajah puteri sulungnya itu, Uqasha kelihatan berseri-seri memeluk bayinya.

oleh Wartawan Hiburan Getaran