Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sedondon Sekeluarga Pilihan Rakyat Malaysia Ketika Sambutan Aidilfitri

Maklumat diperoleh hasil tinjauan Shopee terhadap lebih 1,000 pembeli dalam talian pada Februari lalu

Gaya Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2024 8:19AM

gambar ihsan Shopee

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini platform e-dagang, mendedahkan hasil kajian ‘Raya Stail Kita’ bagi meninjau keutamaan dan pemilihan rakyat Malaysia ketika membeli-belah pada Ramadan dan hari raya. 

Tinjauan ke atas lebih 1,000 pembeli dalam talian yang dijalankan bulan lalu mendedahkan tapestri beberapa pengaruh, dari pakaian sopan ke tradisi nostalgik, yang membimbing gaya fesyen peribadi rakyat Malaysia dan trend kecantikan. 

Hasil tinjauan mendapati majoriti rakyat Malaysia (9 daripada 10 orang), memilih pakaian raya sedondon untuk ahli keluarga pada Aidilfitri ini. 

Dalam kumpulan itu, 50 peratus mahu pakaian sedondon warna, 16 peratus sedondon secara selesa dan praktikal untuk sesuatu majlis, 14 peratus memilih sedondon dari segi fabrik, jenama, atau tema untuk dipakai, dan 12 peratus memilih untuk mengikut trend 2024. 

Hanya lapan peratus pembeli memilih untuk tidak sedondon dengan keluarga apabila mereka membeli-belah dalam talian.  

Dalam memilih gaya pakaian raya, separuh dari pembeli Malaysia menyatakan pemilihan terhadap gaya lapisan warna, corak, dan fabrik, seperti corak meriah yang menawan mata dari Bayu Somerset, sampin terang dari Mikawear by Zoey Rahman dan renda bertekstur dari Zoe Arissa. 

Empat daripada 10 orang memilih gaya nostalgik dan tradisional seperti sarong corak kotak dari Asikin Ahmad dan kurung kaftan dari Hernes. Sementara 15 peratus mencari pakaian dengan warna trending dari penjual seperti Inhanna, Indah Pesona, Panda Eyes, dan Adnaa di mana mereka mencari kata kunci ‘red brick’, ‘oren coklat’, atau ‘merah bata’ di Shopee. 

Selain itu, kebanyakan rakyat Malaysia memilih kain kapas (lebih 50 peratus) sebagai fabrik pilihan, diikuti sutera (20 peratus) dan songket (15 peratus). Hanya sedikit memilih kain brocade dan organza. 

Warna yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia untuk Aidilfitri adalah tona neutral (50 peratus), diikuti warna terang seperti merah, jingga, dan kuning keemasan (30 peratus), kemudian diikuti hijau gelap dan ungu (20 peratus).

Baju paling popular mengikut tinjauan Raya Stail Kita adalah kain kapas dalam tona neutral, dengan tiga dalam 10 orang membelinya. Tinjauan ini juga mendedahkan bahawa 90 peratus rakyat Malaysia akan memakai baju raya mereka beberapa kali sepanjang tahun, menunjukkan nilai kelestarian yang ada walaupun ketika tempoh sibuk membeli-belah e-dagang. 

Lanjutan daripada tinjauan ini, minggu lalu Shopee membawakan pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita di Shopee Live, untuk memberikan inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bergaya dan membeli jenama lokal. 

Dengan tema ‘Tarakucha Retro’, Shopee bekerjasama dengan penjual, selebriti, dan pempengaruh untuk menggayakan rakyat Malaysia dengan tiga trend Raya 2024 iaitu kek lapis, jingga gelap, dan nostalgia ‘twist’. 

“Pertunjukan fesyen ini adalah warkah cinta buat zaman keemasan P. Ramlee dan Saloma.

“Fesyen dan kecantikan di Shopee adalah sesuai buat semua dan inklusif untuk seluruh rakyat Malaysia untuk beraya, kunjung-mengunjung di hari raya, dan meraikan raya dengan yang tersayang di seluruh negara secara bermaruah.

“Dengan Raya Stail Kita, rakyat Malaysia boleh bergaya dan menyokong penjual tempatan,” kata Ketua Pemasaran Shopee, Kenneth Soh.

Tidak seperti pertunjukan fesyen yang lain, #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita memperlahankan ‘catwalk’ model untuk memberi peluang kepada penonton untuk menyuai padankan busana berlainan daripada pelbagai jenama untuk gaya sedondon.

Seramai 10 penjual fesyen muslim Shopee iaitu Asikin Ahmad, Liyana Collection, Adnaa, Indah Pesona, Hernes, Inhanna, Zoe Arissa, Panda Eyes, Bayu Somerset, dan Mikaseries by Zoey Rahman.

Habib Jewels juga turut melengkapkan gaya di atas peragaan dengan menaja barang kemas dan aksesori. – Getaran, 13 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 minggu yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

2

Filem & TV 2 minggu yang lalu

10 Telefilem Meriahkan Syawal Anda

3

TARA 5 bulan yang lalu

Pusat Pengagihan DDR SPX Express, ‘Point’ Penting Sebelum Barang Shopee Anda Diterima

4

Gaya 7 bulan yang lalu

Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

oleh Rahayu MN

Gaya 7 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN

Jelajah 23 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN