web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rumah Terbuka Shopee Perkenal Inisiatif Baharu Untuk Pertumbuhan Jenama Dan ‘Affiliate’

Selain insentif dan teknologi, Shopee menekankan peranan kolaborasi dan komuniti dalam membentuk kejayaan ahli 'affiliate'.

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2025 3:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Platform e-dagang pilihan ramai, Shopee menghubungkan lebih 30 jenama dan 900 rakan Shopee Affiliate menerusi acara eksklusif, Shopee House: Rumah Terbuka Shopee yang diadakan di The Yard, Sentul Depot, baru-baru ini.

Acara bagi meraikan musim Ramadan dan Raya 2025 ini berfungsi sebagai hab rangkaian yang membolehkan affiliate dan jenama berhubung, bekerjasama dan berkembang bersama.

Menjelang ulang tahun ke-10 Shopee, inisiatif ini mengukuhkan komitmen Shopee dalam menyokong perniagaan tempatan dan memperkasa pencipta kandungan digital. 

Selain insentif dan teknologi, Shopee menekankan peranan kolaborasi dan komuniti dalam membentuk kejayaan ahli affiliate.

Rumah Terbuka Shopee dihadiri lebih 900 pelanggan
Rumah Terbuka Shopee dihadiri lebih 900 pelanggan

Di Shopee House, ahli affiliate berpeluang mencuba produk baharu dan terlaris daripada jenama pilihan serta bekerjasama dalam mengetengahkan produk melalui ulasan asli dan bermakna di reruai jenama.

Acara ini turut menampilkan ‘Sesi Padanan Livestream Jenama-Affiliate’, di mana Shopee Affiliate terkemuka membantu meningkatkan kesedaran jenama dan keterlihatan produk di kalangan pengikut mereka.

“Sebagai meraikan pencapaian 10 tahun Shopee, kami meneruskan komitmen untuk memperkasa ahli affiliate dengan pelbagai inisiatif bagi memastikan setiap daripada mereka mampu mengukir kejayaan.

“Tahun ini, kami memperkenalkan inisiatif strategik seperti Livestream Ads Incentives dan Content Creator Club bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan dan mengoptimumkan strategi penglibatan mereka.

“Program-program ini direka untuk menyediakan pandangan, sumber dan insentif yang diperlukan bagi mempercepat pertumbuhan serta meningkatkan impak mereka dalam dunia e-dagang digital,” ujar Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia, Tan Ming Kit.

Tan Ming Kit
Tan Ming Kit

Perdagangan berasaskan kandungan kini mentransformasikan tingkah laku pengguna dengan program Shopee Affiliate memainkan peranan penting dalam menghubungkan jenama dan pembeli melalui kandungan yang menarik dan informatif. 

Jumlah pesanan yang dipacu oleh affiliate meningkat sebanyak 81 peratus pada tahun 2024 berbanding tahun lalu yang menunjukkan kepercayaan yang semakin meningkat terhadap pengalaman membeli-belah berdasarkan dorongan ahli affiliate yang menggunakan teknologi strim langsung dan video dagang Shopee. 

Dengan permintaan semakin tinggi terhadap membeli-belah secara interaktif, pesanan Shopee Live melonjak sebanyak 248 peratus dalam tempoh yang sama, membuktikan kepentingan pencipta kandungan dalam ekonomi digital hari ini. 

Menonjolkan lagi kuasa komuniti dalam memacu kejayaan ahli affiliate, Shopee House menonjolkan Shopee Affiliate sebagai suara kreatif yang merapatkan hubungan antara jenama dan pengguna menerusi Shopee Live. 

Pengguna platfrom ini boleh mendapat ilmu berharga mengenai trend pemasaran affiliate serta menyertai sesi perkongsian ilmu bersama pencipta kandungan terkemuka, Khairul Aming dan Iman Kamil. 

Sesi perkongsian Khairul Aming dan Iman Kamil
Sesi perkongsian Khairul Aming dan Iman Kamil

Acara ini berfungsi sebagai platform bagi ahli affiliate baharu dan berpengalaman untuk mengasah strategi mereka, bertukar idea, dan meningkatkan impak dalam landskap e-dagang digital yang sentiasa berkembang. 

“Penstriman langsung mungkin mencabar pada awalnya, tetapi dengan komuniti dan sokongan yang kukuh, sesiapa sahaja boleh berjaya.

“Program Shopee Affiliate membuka peluang untuk belajar, berhubung, dan membina keyakinan. Mulakan kecil, kekal autentik, dan teruskan meneroka,” kongsi Khairul Aming, ahli Shopee Affiliate & pempengaruh terkemuka. 

“Meluaskan capaian kandungan bukan sekadar tentang algoritma, tetapi juga membina hubungan.

“Shopee House memberi ruang untuk berinteraksi dengan jenama dan menemui peluang baharu. Dengan Program Shopee Affiliate, pencipta kandungan boleh pupuk minat menjadi pendapatan. Kekalkan konsistensi dan keaslian.” kata Iman Kamil, ahli Shopee Affiliate & pencipta kandungan. 

Ahli-ahli Shopee Affiliate juga berpeluang berinteraksi secara langsung dengan pelbagai  jenama terkenal Malaysia di Shopee House seperti 3CE, 888 Tea & Coffee, Beauty of Joseon, Cosmoderm, Dazzle Me, Dr. Cardin, Gaias, Kérastase, Kiehl’s, La Roche-Posay, Masdora, Mono Digital, The Pastels Shop, dan The Raw Skin. 

Jenama-jenama ini menunjukkan komitmen mereka terhadap pemasaran affiliate sebagai pemacu utama pertumbuhan e-dagang. 

Dalam usaha Shopee menyokong bakat tempatan dalam ruang digital, platform ini secara rasminya mengumumkan kumpulan popular De Fam sebagai duta kempen Ramadan Raya 2025. 

Trio ini akan mengambil alih akaun rasmi Shopee Mamak untuk sesi strim langsung  pada 10 Mac jam 8.30 malam, di mana mereka akan berinteraksi dengan peminat, mengacarakan rancangan permainan interaktif, serta berkongsi kandungan bermakna sepanjang Ramadan. 

Shopee House adalah platform utama bagi ahli affiliate baharu dan yang berpengalaman untuk meluaskan kecapaian, bekerjasama dengan jenama terkemuka dan memanfaatkan potensi e-dagang strim langsung. 

Dengan menggalakkan hubungan bermakna serta menyediakan sokongan yang tepat, Shopee memastikan pencipta kandungan dapat berkembang dalam dunia e-dagang digital yang pesat membangun. - Getaran, 28 Februari 2025

Foto : Shopee

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN