web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Pelakon wanita itu mengakui masih berkawan dengan semua orang tanpa mengira sesiapa pun

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2023 3:57PM

Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecoh mengenai berita pelakon terkenal Nad Zainal yang dikatakan berselisih faham dengan rakan-rakan artis, sehingga menyebabkan dia menyekat sesetengah pengikut dalam kalangan selebriti dan menukarkan status akaun media sosial atau instagramnya kepada mod privasi.

Hal ini semakin menjadi perbualan hangat apabila pelakon Nabila Huda atau Abil diminta mengulas mengenai status hubungannya dengan Nad Zainal selepas Abil menyatakan bahawa dia seperti tidak mengenali siapakah selebriti tersebut di satu ruangan komen media sosial.

“Siapa tu? I have never heard about her name. Dia pelakon eh? Mungkin kita boleh tengok, kalau betul dia kawan saya mungkin saya boleh follow dia dekat Instagram. Dan saya rasa dia seorang pelakon. Siapa nama dia tadi? Saya tak kenal ” kata Abil ketika ditemui di sebuah majlis.

Keadaan ini terus menjadi bualan apabila Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin memuat naik fotonya bersama suami, Ungku Ismail dan dua anaknya, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom dengan meletakkan kapsyen ‘nyawa’. 

Lalu dibalas oleh seorang pengikutnya yang berpendapat tindakan Nad ini adalah untuk menjauhkan diri dengan rakan artis untuk mendekatkan diri dengan individu yang lebih baik. Bagaimanapun Nad membalas bahawa dia berkawan dengan semua orang tanpa mengira sesiapa pun.

“Berkawan dengan semua, yang baik tak kira agama pangkat semua kita kawan,” katanya membalas komen pengikutnya.

Mengulas lanjut, Nad di ruangan komen yang sama berkata dia tidak mahu mengambil kisah dengan isu remeh berkenaan yang mengusutkan kepalanya kerana mahu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap keluarga. 
 
“Yang utama ingat, family dan perbaiki diri. Dah jangan kita kusutkan otak nak fikir kenapa,” sambungnya.

Kisah bermasam muka ini dikatakan mula tersebar selepas Nad pulih daripada koma akibat pendarahan dalam paru-paru iaitu sebelum dia mendirikan perkahwinan kali kedua dengan Ungku Ismail pada Januari lalu.

Isu ini turut mengaitkan nama rakan selebriti lain antaranya Sherry Alhadad, Sharifah Sakinah dan Marsha Milan. - Getaran, 25 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

TARA 3 tahun yang lalu

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa