Berita Terkini

10 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

Membuat kemunculan pertamanya sebagai pelakon menerusi layar lebar, nama Ahirine Ahirudin semakin hangat diperkatakan ramai. Sebagai pelakon baru, namanya juga tidak terlepas daripada dihambat kontroversi apabila dikaitkan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan pelakon terkenal. 

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 10:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perkenalan saya bersama our cover girl bulan ini sebenarnya sudah lama. Beliau pernah berada di dalam lapangan yang sama dengan saya iaitu sebagai wartawan hiburan. Ahirine Ahirudin, nama yang semakin meningkat naik dalam bidang lakonan ini pernah bertugas sebagai wartawan penyiaran untuk rancangan HLive.

Namun semenjak dua menjak ini, namanya hangat diperkatakan ramai. She is the hot gossip in town! Semuanya gara-gara dia dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan pelakon terkenal, Farid Kamil dan Diana Danielle. 

Seiring gosip yang melanda dirinya, graf kerjaya Ahirine dilihat semakin mencanak. Biarpun dia masih baru dalam bidang lakonan, namun Ahirine terus disambar back-to-back untuk berlakon filem. 

Bermula dengan filem Remp-it 2, kemudian dia disunting menjadi heroin filem Gadis Jolobu The Movie. Seterusnya dia dipilih untuk membintangi filem What The Heist. Dan yang terbaru dia digandingkan bersama aktor kacak, Aedy Ashraf dalam filem yang berjudul Tebus arahan Jason Chong.

Jadi tidak hairanlah kenapa nama Ahirine Ahirudin tercalon dalam Top 20 kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35

"Sejujurnya saya sangat terkejut dan gementar dengan pencalonan ini kerana saya sangat baru dalam bidang lakonan. Saya sangat bersyukur diberikan peluang ini. Kalau tak menang pun tak apa. Dapat tercalon pun sudah satu rahmat buat saya," katanya membuka bicara. 

Sebelum memulakan langkah dalam bidang lakonan, Ahirine bermula sebagai stunt woman untuk beberapa buah filem dan drama siri. Ketika dia melakukan salah satu babak aksi untuk filem Remp-It 2, pengarah filem itu iaitu Farid Kamil telah memilihnya untuk menjadi pelakon sebenar.

“It’s all started with a crash! Ketika itu saya sedang melakukan babak menunggang motosikal, Kemudian saya terlibat dengan kemalangan. Lalu saya terus membuka helmet. 

“Ketika itulah Farid melihat saya dan tanya siapa yang benarkan saya menunggang motosikal itu. 

“Selepas itu tiba-tiba dia tawarkan saya untuk membintangi filem Remp-It 2. Tetapi saya tidak terus bersetuju. Saya katakan padanya saya ingin lalui proses casting terlebih dahulu. 

“Tetapi dia yakinkan saya bahawa saya akan dibantu dengan acting coach. Jadi saya pun terima. Bayangkan malam itu juga saya harus mulakan penggambaran dan melibatkan babak saya dengan Farid,” ceritanya bagaimana dia boleh terlibat dengan dunia lakonan.

Ahirine juga pernah mencuba sesi uji bakat untuk filem Wira. Namun ketika itu dia masih belum ada asas dalam seni mempertahankan diri. Jadi watak itu diberikan kepada Fify Azmi. 

Dimarahi Pengarah Di Set Penggambaran

Bercerita lanjut mengenai filem terbarunya, Tebus, kata Ahirine, ia  adalah antara filem yang paling sukar dalam kerjaya seninya kerana menuntutnya untuk bermain dengan emosi. 

Malah dia pernah dimarahi oleh pengarah gara-gara tidak dapat memberikan apa yang diminta. 

“Kami menjalani penggambaran filem ini selama lebih sebulan di Sarawak. Almost every day saya kena marah dengan Jason. Lepas ‘cut’ jer dia akan panggil Ana (nama watak) come to monitor. 

“Ada satu bahagian itu saya kena marah di hadapan semua orang. Tetapi saya lebih suka dimarahi sebab saya nak tahu apa yang saya boleh perbaiki. 

Filem ini sangat berbeza dengan filem-filem saya sebelum ini. It’s a roller coaster of emotions. Ada banyak babak menangis, marah dan berlawan. 

“Saya rasa ini adalah my first job yang saya rasa, you know what, I cannot do this anymore. For a beginner like me, saya rasa sangat susah. But then, I keep telling myself it is a process,” kongsinya yang turut mengikuti kelas lakonan bersama Fauziah Nawi dan Pekin Ibrahim.

Ingin Berlakon Drama TV

Berbeza dengan pelakon-pelakon baru yang lain dimana kebanyakan mereka bermula dari kaca televisyen, Ahirine memulakan langkahnya dalam bidang lakonan menerusi layar lebar. 

Jarang sekali pelakon baru diberikan peluang sebegini. Kata Ahirine mungkin nasibnya sedikit berbeza dengan pelakon baru yang lain. Tetapi dia turut mengintai peluang untuk berlakon drama televisyen.

“Bukan saya tak mahu berlakon drama. Saya memang nak sangat. Sekarang ini pihak pengurusan saya sedang merancang untuk pilih drama yang sesuai dengan saya. Tetapi sebelum saya terlibat dengan drama televisyen saya mahu memperkuatkan kemahiran lakonan saya terlebih dahulu,” kongsi anak kedua daripada tiga beradik ini. 

Ditanya watak apa yang paling diidamkannya untuk dilakonkan, kata Ahirine disebabkan dia sukakan genre aksi, dia teringin berlakon watak antagonis sebagai mafia atau gangster. 

Sebagai pelakon baru, pastinya dia tidak terlepas daripada menerima kritikan negatif tentang lakonannya. Ada yang menggelarnya kayu gara-gara lakonannya yang kelihatan kaku. Tetapi kritikan itu ditelan bulat-bulat oleh Ahirine.

“Sejujurnya saya tak sentap pun dengan kritikan itu. Kerana lakonan saya memang kayu. Bila saya tengok lakonan saya, saya terus tutup TV. Apa benda yang aku buat ni?,” katanya sambil ketawa. 

Dihambat Kontroversi

Terlanjur berbicara tentang kritikan netizen, lantas saya bertanya tentang gosip yang sedang hangat diperkatakan netizen ketika ini mengenai dirinya yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle.

Kata Ahirine dia sudah boleh menduga isu ini akan timbul selepas dia memuat naik satu video di Instagram.

“Saya muat naik video itu semata-mata untuk mempromosikan filem Remp-it 2. Saya pun telah bincang dengan Farid tentang perkara ini. Tetapi tiba-tiba saya dapat tahu mereka dalam proses untuk bercerai. Sudah tentu saya terkejut dan sedih. Hubungan saya dengan Diana juga baik-baik saja. 

“Bila nama saya dikaitkan sebagai menjadi punca kepada mereka bercerai sudah tentu perkara itu tidak betul. Jadi saya tak ambil pusing sangat kerana saya tahu perkara itu tidak benar. Cuma ada satu artikel yang diterbitkan membuatkan saya kurang selesa. Mujur mereka tarik balik artikel itu,’ ucapnya. 

Ditanya adakah gosip ini turut menjejaskan imej bersihnya selama ini, kata Ahirine ada beberapa pihak mula bertanya padanya terutamanya ‘client’ tentang kesahihan berita ini.

“My clients ada bertanya tentang apa sebenarnya sedang berlaku. Saya beritahu mereka supaya tidak risau kerana ini hanyalah perkara yang cuba disensasikan. Orang suka baca kisah-kisah sensasi,” jelasnya. 

Bakal muncul dengan filem bersama Aedy Ashraff, ditanya adakah dia sudah bersedia andai timbul gosip bersama nanti. Kata Ahirine perkara sebegini dia tidak boleh duga.

“Itulahkan, Nanti saya kena menjawab dengan Amelia pula. Nasib sewaktu berlakon dengan Datuk Hattan dulu saya tak digosipkan dengan beliau,” katanya sambil ketawa. 

Saya Seorang Yang Lembut

Melihatkan personalitinya yang sedikit boyish dan gemar melakukan aktiviti lasak seperti lumba kereta, menunggang motosikal dan Muay Thai, kata Ahirine ramai yang tidak tahu bahawa dia sebenarnya seorang yang lembut. 

“Saya rasa saya seorang yang lembut. Cuma aktiviti sukan yang saya ceburi yang membuatkan saya nampak lasak. 

“Tetapi saya hanya berkesempatan melakukan aktiviti-aktiviti lasak selepas saya habis sekolah. Dulu saya tak berpeluang. 

“Selepas tamat sekolah saya sertai PLKN. Kemudian sewaktu sambung belajar di universiti saya sertai PALAPES. Tetapi, hanya setahun. 

Selepas tamat belajar saya sertai Tentera Laut selama tiga tahun dalam masa yang sama saya turut bekerja di Astro sebagai wartawan penyiaran,” kongsinya yang berpangkat Leftenan Muda. 

Dambakan Cinta, Tetapi Belum Bersedia Jalin Hubungan

Berbekalkan sosok tubuh yang tinggi lampai dan wajah yang jelita, pasti lelaki senang terpaut dengannya. Tambahan pula personalitinya yang menyenangkan dan bukan tipikal, hati mana yang tidak tertawan dengannya.

Namun kata wanita berusia 27 tahun ini dia belum bersedia untuk menjalinkan hubungan yang serius dalam masa terdekat kerja ingin fokus pada kerjayanya lakonannya yang baru sahaja bermula.

“I don’t have boyfriend, I wish I have! Saya rasa mungkin lelaki takut untuk dekati saya kerana saya terlalu lasak,” katanya berseloroh. 

Sambungnya Ahirine lagi: “Kadang-kadang saya rasa saya boleh hidup sendiri. Tetapi kadang-kadang timbul juga perasaan ingin berteman. 

“Tapi saya rasa buat masa ini biarlah saya fokus dengan kerjaya dulu. Saya juga sedang tumpukan perhatian dengan sesi latihan untuk pertandingan Muay Thai dan lumba kereta bersama Toyota. Kalau ada kekasih nanti tak boleh nak fokus pada hubungan. 

“Lagi pula sekarang ini banyak kes curang yang berlaku. Perkara itu membuatkan saya jadi takut. I’m not ready for another heart break!” katanya mengakhiri perbualan kami pada hari itu. – Getaran, 3 Jun 2023

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Ahirine Ahirudin

Editor Gaya Hidup & Hiburan: Ellyna Ali 

Teks : Helmi Anuar

Konsep & Arahan Seni : Helmi Anuar

Penata Gaya : Helmi Anuar

Suntingan Teks : Suzan Ahmad

Busana & Aksesori : @michaelkors

Jurufoto : Bustamam Mokhtar 

Lokasi : White Studio Hulu Langat 

Tatarias Wajah Dan Rambut : El Manda Zuhairy
 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

24 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

2

Selebriti 7 bulan yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Pelakon Hafidz Roshdi Disahkan Waras, Layak Dibicara Cederakan Isteri

4

Selebriti 10 bulan yang lalu

Saya Bukan Jenis Yang Sentiasa 'Say Yes' Untuk Puaskan Hati Pihak Lain - Gambit Saifullah 

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan